Unit WTD

Soalan: Berapa lama proses serahan wang tak dituntut?

Jawapan: Tarikh penyerahan wang tak dituntut adalah selewat-lewatnya pada setiap 31 Mac tahun berikutnya.

Soalan: Bagaimana mana mahu tahu proses serahan wang itu sudah diluluskan?

Jawapan: Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti (BPAS) yang bertempat di Menara Maybank, Kuala Lumpur akan mengeluarkan resit kepada entiti yang menyerahkan Wang Tak Dituntut sebagai bukti serahan telah diproses melalui pos.

Sistem eTERIMAAN

Soalan : Keluar ralat “ID pengguna sedang digunakan di terminal lain. Sila hubungi Pentadbir Sistem anda”.

Jawapan : Ini disebabkan pengguna tidak log out dari sistem dengan betul mungkin disebabkan PC hang atau talian yang slow. Sila hubungi Pentadbir Sistem di Pusat Terimaan anda untuk tindakan unlock ID pengguna.

Sistem ePENYATA GAJI & eLAPORAN (eSPGL)

Soalan : Mengapa saya hanya boleh melihat menu/penyata gaji sendiri sahaja sedangkan sebelum ini saya boleh melihat menu/penyata gaji/laporan untuk PTJ saya?

Jawapan : Ini disebabkan capaian sebagai Pentadbir eSPGL di PTJ anda telah tamat tempoh. Capaian akan tamat secara automatik sekiranya tidak diperbaharui dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran.

Anda perlu mengemukakan semula Borang SP/ANM/3/2010/01 iaitu Borang Permohonan Akses/Pembatalan Akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan berserta surat iringan ke JANM Melaka untuk tindakan selanjutnya. Borang juga boleh diperolehi di laman www.anm.gov.my , klik pada menu Muat Turun –> Borang-borang.

Sekatan Kad Pintar Kerajaan Elektronik

Soalan : Kenapa kad pintar saya disekat dan bagaimana untuk membuka sekatannya?

Jawapan : Kad pintar disekat disebabkan kesilapan memasukkan nombor PIN tiga kali berturut-turut. Permohonan membuka sekatan kad pintar hendaklah dibuat melalui surat rasmi yang dilakri (sealed). Sertakan kad pintar yang disekat dan Nombor PUK yang boleh diperolehi dari Authorised Personnel (AP) di PTJ. Hantar ke JANM Melaka untuk tindakan selanjutnya. Rujuk Peraturan Membuka Sekatan Kad Pintar di sini.

 

image