Sistem eSPKB dan Sistem eTerimaan

 
1. Bagaimana untuk memohon talian EG*Net?
  • Untuk memohon talian Eg*Net, jabatan perlu mengisi borang Eg*Net B01 untuk permohonan Talian Baru, borang Eg*Net B02 untuk Pindah Talian, Naik Taraf Talian, Turun Taraf Talian, Integrasi Talian dan Penamatan Talian. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan ke alamat Pengarah, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Pejabat Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik ( EGAG ), Kompleks Kementerian Kewangan, Aras 5, No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 W. P. Putrajaya.
2. Bagaimana untuk memohon Kad Pintar dan Pembaca Kad Pintar?
  • Untuk memohon Kad Pintar dan Pembaca Kad Pintar, pengguna perlu mengisi borang BPKP01 untuk tujuan permohonan kad pintar dan borang BNTC01 untuk permohonan pembaca kad pintar. Sila sertakan bersama salinan kad pengenalan dan dihantar ke alamat Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Gunasama ICT, Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ), Jabatan Perdana Menteri, Bangunan MKN-Embassy Techzone, Blok B, No. 3200, Jalan Teknokrat 2, 63000 Cyberjaya, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
3. Bagaimanakah sekiranya menghadapi masalah berkaitan sistem eSPKB dan eTerimaan?
  • Sekiranya menghadapi masalah berkaitan sistem eSPKB dan eTerimaan, pengguna diminta log masalah berkaitan ke dalam sistem Unicenter Servicedesk dan hubungi Helpdesk Jabatan Akauntan Negara Malaysia ( JANM ) Negeri Pahang di talian 09- 565 5813 / 5814 / 5816. Selain itu, pengguna juga boleh membuat aduan masalah melalui emel di alamat help_phg[@]anm[dot]gov[dot]my

4. Sekiranya nombor pin kad pintar telah disekat (block), bagaimanakah caranya untuk mengaktifkan semula nombor pin tersebut?

  • Untuk mengaktifkan semula nombor pin tersebut, pemegang kad pintar atau pegawai yang telah diwakilkan hendaklah membawa kad pintar tersebut ke Unit Pelaksanaan, JANM Negeri Pahang atau bagi Pusat Tanggungjawab ( PTJ ) yang berada jauh dari JANM Negeri Pahang boleh menghantar melalui pos ke alamat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 4, Bangunan BSN, Jalan Bank, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
5. Kenapakah tarikh luput di kad pintar tidak sama dengan tarikh luput di Laporan BV141 Senarai Pengguna Mengikut Jabatan dan PTJ?
  • Tarikh luput di kad pintar tidak sama dengan tarikh luput di Laporan BV141 disebabkan semasa permohonan capaian sistem eSPKB dibuat, pengguna tidak menyertakan salinan kad pintar. Tarikh tersebut diaktifkan untuk tempoh dua tahun dari tarikh borang JANM01 ( Borang Permohonan Capaian Sistem eSPKB ) diterima di Unit Pelaksanaan, JANM Negeri Pahang.
6. Setelah menerima kad pintar yang baru, pengguna tidak dapat mengakses ke sistem eSPKB dan terdapat ralat yang keluar ”Nombor kad pengenalan tiada dalam pangkalan data”. Apakah tindakan yang perlu diambil?
  • Tindakan yang perlu diambil bagi ralat ”Nombor kad pengenalan tiada dalam pangkalan data” adalah pengguna hendaklah mengemukakan borang JANM01 berserta salinan kad pintar ke Unit Pelaksanaan, JANM Negeri Pahang.
7. Sekiranya kad pintar yang baru diterima rosak dan tidak dapat dibaca, kepada siapakah perlu dihubungi?
  • Sekiranya kad pintar yang baru diterima rosak dan tidak dapat dibaca, pengguna perlulah menghubungi Meja Bantuan SCAN di talian 1-300-880345.

Wang Tak Dituntut

1. Adakah Akta Wang Tak Dituntut 1965 meliputi milikan tunggal (sole proprietor)?
  • Tafsiran syarikat dan firma yang tertakluk di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965 tidak meliputi milikantunggal. Walau bagaimanapun, seksyen 14 Akta Wang Tak Dituntut 1965 memperuntukan bahawa mana-mana pihak yang mempunyai wang, selain daripada wang tak dituntut dalam tangan yang belum dituntut oleh empunya, boleh menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar seolah-olah wang tersebut adalah wang tak dituntut yang perlu dibayar walaupun beliau tidak wajib untuk berbuat demikian menurut Akta berkenaan.
 
2. Adakah Pendaftar berusaha mengesan empunya wang tak dituntut?
  • Pendaftar tidak bertanggungjawab untuk mengesan empunya wang tak dituntut. Sehubungan itu, pihak Pendaftar menggalakkan syarikat atau firma mengambil langkah-langkah untuk menghubungi empunya wang tak dituntut dan menjelaskan bayaran kepada pihak yang berhak sebelum menyerahkan wang tersebut kepada Pendaftar.
3. Bagaimana empunya hendak menyemak wang tak dituntut yang ada dalam simpanan Pendaftar?
  • Wang tak dituntut boleh disemak dalam warta kerajaan yang boleh didapati di Perpustakaan Negara sahaja.
4. Adakah dividen yang perlu dibayar kepada bekas ahli koperasi yang telah meninggal dunia juga tertakluk kepada Akta Wang Tak Dituntut 1965?
  • Bagi tujuan Akta Wang Tak Dituntut 1965, identiti atau status empunya wang dalam simpanan koperasi tidaklah penting. Jadi, dividen yang perlu dibayar kepada bekas ahli koperasi yang telah meninggal dunia juga tertakluk kepada Akta.
5. Adakah tindakan pengemaskinian buku akaun simpanan tanpa melakukan sebarang kemasukan atau pengeluaran wang daripada akaun tersebut dianggap sebagai telah dikendalikan oleh empunya?
  • Pengemaskinian buku akaun simpanan boleh diterima sebagai pengendalian akaun oleh empunya jika dapat dibuktikan bahawa ianya dilakukan sendiri oleh pemegang akaun berkenaan.

Tuntutan Gantian Cek/EFT Batal

S: Bagaimanakah kaedah tuntutan gantian cek/ EFT terbatal?
J: Tuntutan gantian cek/EFT terbatal hendaklah dibuat oleh jabatan asal yang membuat bayaran dengan mengemukakan dokumen berikut ke JANM Negeri Pahang:
  1. Borang Tuntutan Penggantian Balik Cek/ EFT Terbatal yang lengkap;
  2. salinan muka depan buku bank atau penyata bank atas nama penerima;
  3. salinan baucar asal;
  4. cek asal atau akuan kehilangan cek (bagi cek batal sahaja); dan
  5. maklumat penerima bayaran yang dijana daripada Sistem eSPKB (Menu Maklumat Bukan DCS) yang telah dikemaskini dengan maklumat yang betul dan lengkap.
S: Bagi kes penerima bayaran asal meninggal dunia (gemulah), siapakah yang boleh membuat tuntutan dan apakah dokumen tambahan yang diperlukan?
J: Tuntutan gantian boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen tambahan perintah pusaka/perintah mahkamah oleh penama yang dinyatakan dalam perintah tersebut.
Bagi tuntutan yang melibatkan wang gaji, elaun dan pencen penjawat awam yang kurang daripada RM2,000, tuntutan gantian boleh dibuat oleh waris terdekat dengan mengemukakan dokumen tambahan berikut:
 
  1. Salinan sijil kematian;
  2. Salinan sijil nikah (bagi suami/ isteri gemulah);
  3. Salinan kad pengenalan penerima gantian bayaran;
  4. Salinan sijil kelahiran (bagi anak gemulah); dan
  5. Borang Indemnity Bond

Garis Panduan Asas Pertimbangan Kelulusan Khas Pengecualian Arahan Perbendaharaan AP100(a)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Arahan Perbendaharaan 100(a)?
  • Permohonan Tuntutan Perjalanan seseorang pegawai hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan / Unit Kewangan tidak lewat daripada 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya.
 
2. Apakah kesan sekiranya pegawai lewat mengemukakan Tuntutan Perjalanan iaitu selepas 10 haribulan bu|an berikutnya?
  • Mana-mana permohonan/tuntutan yang diterima selepas 10 haribulan dalam bulan yang berikutnya BOLEH dl tolak dan tidak diproses untuk pembayaran oleh Ketua Jabatan. Pegawai pegawai tersebut jelas Bagel mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa seperti yang ditetapkan oleh AP100(a). Namun terdapat pengecualian bagi mem benarkan proses bayaran dibuat .
3. Adakah terdapat pengecualian atau kelonggaran di bawah AP100(a)?
  • Sebarang permohonan tuntutan perjalanan yang lewat dikemukakan daripada tempoh yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan daripada pengawai pengawal. Bagi melaksanakan arahan tersebut, pegawai pengawal boleh mewakilkan kuasanya kepada pegawai kanan untuk meluluskan pengecualian tersebut.
4. Adakah terdapat sebarang garispanduan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan bag! memastikan pengecualian AP100(a) ini menepati keperluan minimum tuntutan?
  • Perbendaharaan telah mengeluarkan garispanduan yang lengkap dan jelas pada tahun 2 Julai 2015 mengenai pengecualian tersebut.Kelulusan yang diberikan adalah berpandukan kepada Garis Panduan yang di keluarkan oleh Perbendaharaan. Ini bermakna semua Tuntutan Perjalanan yang lewat tidak lagi dikemukakan kepada pihak Perbendaharaan tetapi perlu dikemukakan pada Pengawai-Pengawai.
5. Apakah Peraturan Tambahan dalam Terma Baharu AP100(a)?
  • Pengecualian AP100(a) perlu diperolehi daripada Ketua Setiausaha selaku Pengawai Pengawal atau pegawai kanan yang lain yang diturunkan kuasa berdasarkan Arahan Perbendaharaan 11.
  • Pegawai menuntut dikehendaki merujuk kepada Garis Panduan Asas Pertimbangan Kelulusan Khas Pengecualian Arahan Perbendaharaan 100(a) yang dikeluarkan oleh perbendaharaan semasa membuat permohonan pengecualian / kelonggaran AP100(a).
6. Apakah pengecualian yang boleh diperfimbangkan untuk kelulusan pembayaran tersebut?

Pengecualian HANYA BOLEH DIBERIKAN mengikut kes-kes berikut:-

  • Pegawai terlibat dalam kursus jangka panjang yang melangkau 10hb bulan dalam berikutnya daripada tankh terakhir aktiviti tuntutan bulan sebelumnya dan disahkan oleh Ketua Jabatan, Pengecualian ini adalah untuk 1 bulan sahaja dan tidak berulang-ulang.
  • Pegawai mempunyai komitmen bertugas rasmi di luar ibu pejabat yang melangkaui 10hb dalam bulan berikutya - Surat Afahan Bertugas Rasmi dan pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan bersama permohonan. Pengecualian ini ada|ah untuk 1 bulan sahaja dan tidak berulang-ulang.
  • Pegawai yang sakit berpanjangan dan dibuktikan dengan Sijil Sakit daripada pegawai perubatan.Pengecualian ini adalah untuk 1 bulan sahaja dan tidak berulang-ulang.
  • Pegawai Perubatan yang terlibat dengan kerja-kerja kecemasan/darurat/bencana alam dalam tempoh masa yang lama dam disahkan oleh Ketua Jabatan. Surat Arahan Bertugas perlu dilampirkan bersama permohonan, Pengecualian int adalah untuk 1 bulan sahaja dan tldak berulang-ulang.
  • Beban tugas yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelewatan mengemukakan tuntutan perjalanan.Pengesahan Ketua Jabatan dam pembuktian jadual kerja yang pedal hendaklah dikemukakan bersama permohonan. Pengecuaiian int adalah untuk 1 bulan sahaja dan tidak berulang-ulang.
  • Pegawai yang terlibat dengan kerja kerja Ad Hoc / Kecemasan yang diarahkan dari masa ke semasa dan disahkan oleh Ketua Jabatan serta surat arahan bertugas dikemukakan bersama permohonan, Pengecualian ini adalah untuk 1 bulan sahaja dan tidak berulang-ulang.
  • Tuntutan Dua Kali dalam bulan yang Sama melibatkan bil-bil telefon atau bil-bil kad kredit( yang Sampai kepada pegawai meleblhi 10hb bulan berikutnya)
7. Dalam keadaan bagaimanakah permohonan pengecualian AP17(a) tidak dipertimbangkan?
  • Faktor kecuaian / kelalaian / terlupa / tiada pengetahuan / pegawai sendiri untuk mengemukakan tuntutan perjalanan selewat-lewatnya 10 haribulan bulan berikutnya.
  • Dokumen yang dilampirkan tidak lengkap seperti tiada Surat tunjuk sebab tiada dokumen berkaitan punca kelewatan, tiada lampiran penyata tuntutan perjalanan dan tiada pengesahan Ketua Jabatan terhadap dokumen yang berkaitan, tiada salinan penyata tuntutan perjalanan yang lengkap, tiada Catalan bulan permohonan tuntutan perjalanan pada muka hadapan borang tuntutan dan permohonan yang tidak mematuhi perenggan FAQ para f(i hingga vii) di atas
8. Bolehkah sekiranya rayuan dikemukakan oleh pegawai sekiranya permohonan tuntutan perjafanan tersebut ditolak untuk kall pertama?
  • Pegawai boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Setlausaha selaku pegawai pengawal hakiki sekiranya permohonan pengecualian / kelonggaran APIOO(a) ditolak oleh Pegawai yang diturunkan kuasa oleh Pegawaj Pengawal. Walaubagaimanapun permohonan perlu disokong demean alasan yang ku kuh, lengka p dan disertakan dengan dokumen tambahan yang berkaitan.
9. Apakah makluman am dan perkara lain yang ditekankan melalui Garispanduan ini?
  • Plndaan AP100(a) ini tidak membawa maksud pegawal awam botch mengemukakan tuntutan perjalanan masing-masing selepas 10hb dalam bu|an yang berikutnya Walaubagaimanapun, bagi kes-kes terpencil , pegawai boleh mengemukakan permohonan berdasarkan syarat dan justifikasi di atas, Pertimbangan khas diberikan sekiranya mempunyai asas yang benar dam kukuh Ketua Jabatan boleh memberi pengesahan / sokongan bagi kes-kes tertentu sahaja dan bukan disebabkan oteh kecuaian pegawai.
10. Bagaimana untuk mengatasi masalah kelewatan mengemukakan Tuntutan Perjalanan?
  • Pegawai yang membuat tuntutan perjalanan digalak untuk mengemukakan segera tuntutan perjalanan iaitu sebaik sahaja menyelesaikan perjalanan akhir yang diketahui munasabah tanpa menunggu sehingga ke penghujung bulan~ Tuntutan Dada bulan Disember juga boleh dikemukakan awal dan tidak perlu menunggu sehlngga 31 Disember bag! mengelak pembayaran AP58(a) sekiranya pegawai tersebut mengetahui tiada apa-apa urusan rasmi perlu dilakukan selepas perjalanan rasmi akhir selesai.
11. Apakah dokumen sokongan biasa yang pertu dikemukakan oleh pegawai dalam memproses tuntutan perjalanan?

Bagi jenis tuntutan biasa yang hanya diluluskan di peringkat Ketua Jabatan, dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh pegawai yang menuntut adalah berikut:-

  • Borang Tuntutan Perjalanan yang disah/diperaku oleh Ketua Jabatan
  • Pengesahan salinan dokumen-dokumen pendua.
  • Resit asal atau dokumen yang membuktlkan pembayaran dan disahkan perbelanjaan atas urusan rasmi.
  • Kelulusan Ketua Jabatan bagi menjalankan tugas rasmi di luar pejabat.
  • Kelulusan Ketua Jabatan untuk menggunakan kenderaan sendiri (sekiranya melabihi 240km sehala)
  • Surat kelulusan ke luar negeri(Jika Berkaitan)
  • Salinan penyata akaun / dokumen yang menunjukkan nombor akaun bank (bagi individu bukan pegawai di jabatan tersebut).
  • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
12. Apakah perkara yang perlu disemak sebelum mengemukakan permohonan pengecualian ini?

Permohonan pengecualian ini MESTI dikemukakan bersama-sama dokumen sokongan tambahan seperti berikut:-

  • Surat tunjuk sebab kelewat an m enghantar penyata tuntutan perjalanan melebihi 10hb.
  • Dokumen berkaitan dengan punca kelewatan Seperti Surat tawaran kursus Surat arahan kerja luar sijil perubatan dan seumpamanya.
  • Pengesahan Ketua Jabatan terhadap semua dokumen yang berkaitan.
  • Salinan Penyata tuntutan perjalanan pegawai yang lengkap.
  • Catatan bulan permohonan pada muka hadapan boring tuntutan mestilah tepat.

Berikut merupakan Contoh Format Cop Bagi! Kes f (ii):-

“saya mengesahkan bahawa pegawai mempunyaf komitmen bertugas
rasmi di luar pejabat mulai ...................... (tarikh) hlngga ...................... (tarikh)".

image