SOALAN LAZIM 1PP

Klik Di Sini

 

BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN ( BITK )

Bilakah tarikh yang sebenar diambilkira bagi Bayaran Insentif Tugas Kewangan dari RM40.00 kepada RM80.00 selepas seseorang pegawai itu lulus peperiksaan? Adakah ianya diambilkira dari tarikh peperiksaan diadakan atau mengikut tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan?

Mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa, seseorang pegawai yang telah lulus peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan, kenaikan kadar bayaran tersebut dari RM40.00 ke RM80.00 adalah diambilkira pada bulan berikutnya selepas keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan. Sebagai contoh, sekiranya keputusan tersebut dikeluarkan pada 3 Januari ataupun 28 Januari 2006, maka kenaikan kadar Bayaran Insentif Tugas Kewangan akan dikira mulai 1 Februari 2006.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Menjalankan tugas kewangan sepenuh masa”?

Maksud menjalankan tugas kewangan sepenuh masa ialah keseluruhan tugas harian pegawai berkenaan adalah merupakan tugas kewangan semata-mata seperti yang dinyatakan di lampiran A Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999 atau tugas-tugas seperti yang dinyatakan melalui Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Bilangan 2 Tahun 1999. Sekiranya tugas kewangan hanya merupakan salah satu daripada bidang tugas harian pegawai berkenaan maka ini tidaklah boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas kewangan sepenuh masa dan pegawai berkenaan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Tugas Kewangan.

Seorang pegawai yang telah diluluskan Bayaran Insentif Tugas Kewangan telah mengambil Cuti Bersalin selama 60 hari. Bagaimanakah kedudukan Bayaran Insentif Tugas Kewangan yang diterimanya?

Mengikut perkara 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999, seseorang pegawai yang menerima Bayaran Insentif Tugas Kewangan tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran tersebut hendaklah dihentikan dalam tempoh berkenaan. Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempoh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am dalam keadaan berikut:
  1. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan;
  2. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan; dan
  3. Bercuti sakit yang disokong oleh Sijil Sakit mengikut Perintah Am Bab ‘C’.
Dalam hal yang dibangkitkan, Bayaran Insentif Tugas Kewangan hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin bukan dianggap sebagai cuti sakit tetapi Cuti Pemulihan.

Mengikut perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999 menjelaskan bahawa PT (P/O) yang bertugas bersendirian di pejabat kecil boleh diberi Bayaran Insentif Tugas Kewangan walaupun ia menjalankan tugas kewangan di samping tugas-tugas lain yang bukan kewangan. Apakah takrifan yang dimaksudkan dengan bertugas bersendirian di pejabat kecil?

Bagi maksud pekeliling ini, bertugas bersendirian di pejabat kecil bermaksud terdapat hanya seorang PT (P/O) bertugas di sebuah pejabat kecil tersebut. Pejabat kecil ialah sebuah pejabat yang wujud secara bersendirian dan tidak termasuk Bahagian atau Unit di satu pejabat besar. Sebagai contoh, pejabat di sekolah yang hanya mempunyai seorang Pembantu Tadbir adalah ditakrifkan sebagai bertugas bersendirian di pejabat kecil.

Mengikut perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999 menjelaskan bahawa PT (P/O) yang bertugas bersendirian di pejabat kecil boleh diberi Bayaran Insentif Tugas Kewangan walaupun ia menjalankan tugas kewangan di samping tugas-tugas lain yang bukan kewangan. Apakah takrifan yang dimaksudkan dengan bertugas bersendirian di pejabat kecil?

Bagi maksud pekeliling ini, bertugas bersendirian di pejabat kecil bermaksud terdapat hanya seorang PT (P/O) bertugas di sebuah pejabat kecil tersebut. Pejabat kecil ialah sebuah pejabat yang wujud secara bersendirian dan tidak termasuk Bahagian atau Unit di satu pejabat besar. Sebagai contoh, pejabat di sekolah yang hanya mempunyai seorang Pembantu Tadbir adalah ditakrifkan sebagai bertugas bersendirian di pejabat kecil.

Seorang Pegawai Tadbir Gred N27 telah ditempatkan di Unit Kewangan di mana beliau ditugaskan untuk menyelia dan mentadbir di unit tersebut. Keseluruhan tugas harian beliau adalah tugas kewangan. Sementara itu, seorang Pembantu Am Rendah juga ditempatkan di unit tersebut dan menjalankan tugas kewangan sepenuh masa kerana kekurangan PT (P/O). Kedua-dua pegawai tersebut telah memohon untuk dibayar Bayaran Insentif Tuga

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999, Bayaran Insentif Tugas Kewangan hanya dibayar kepada PT (P/O) dan Pembantu Akauntan yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa. Walau bagaimanapun dengan keluarnya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2001, perkara 4 pekeliling tersebut menjelaskan Bayaran Insentif Tugas Kewangan telah dipanjangkan kepada skim perkhidmatan lain yang setaraf atau lebih rendah dari PT (P/O), Pembantu Akauntan dan PT (K) yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa. Dengan penjelasan ini, Pegawai Tadbir Gred N27 adalah tidak layak dibayar Bayaran Insentif Tugas Kewangan sementara Pembantu Am Rendah boleh dibayar Bayaran Insentif Tugas Kewangan mengikut kadar yang dijelaskan dalam perkara 7, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999.

 

 BAYARAN INSENTIF TUGAS PENGURUSAN STOR ( BITPS )

Seorang Pegawai yang menyandang jawatan sebagai Penyelenggara Stor Rendah gred N11 telah menjalankan tugas sepenuhnya dalam bidang pengurusan stor di sesebuah jabatan. Bolehkah beliau dibayar BITPS?

Mengikut peruntukan di perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor dibayar khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. Buat masa ini, kelayakan bayaran insentif ini tidak dipanjangkan kepada perkhidmatan lain. Sehubungan dengan itu, Penyelenggara Stor Rendah Gred N11 tersebut tidak layak dibayar BITPS walaupun beliau menjalankan tuga pengurusan secara sepenuh masa.

Seorang PT(P/O) yang telah menerima BITPS telah mendapat Cuti Bersalin selama 60 hari. Bagaimanakah kedudukan BITPS yang diterima oleh Pegawai ini, sama ada boleh terus dibayar atau perlu dihentikan?

Mengikut perkara 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, seseorang Pegawai yang menerima BITPS tetapi telah meninggalkan tugasnya selama 28 hari atau lebih secara berturut-turut, bayaran BITPS hendaklah dihentikan dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, pengecualian adalah diberikan bagi pegawai yang meninggalkan tugas bagi tempuh tidak melebihi 92 hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am dalam keadaan berikut:
  1. Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Ketua Jabatan;
  2. Menjalankan tugas rasmi atas arahan Ketua Jabatan; dan
  3. Bercuti sakit yang disokong oleh Sijil Sakit mengikut Perintah Am Bab ‘C’.
Dalam hal yang dibangkitkan, pembayaran BITPS hendaklah dihentikan kerana Cuti Bersalin tidak termasuk dalam kategori Cuti Sakit.

Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang telah diarahkan untuk menanggung kerja dan menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang yang sedia ada telah mendapat Cuti Sakit selama 3 bulan. Dalam keadaan ini bolehkah pegawai ini dibayar BITPS?

Mengikut peruntukan di perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor dibayar khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa. Oleh kerana Pegawai berkenaan diarahkan menanggung tugas pengurusan stor, bermakna pegawai juga perlu menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas hakiki beliau yang sedia ada. Dalam hal ini, Pegawai tidak layak dibayar BITPS kerana tugas yang dijalankan tidak boleh ditakrifkan sebagai menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dan pegawai berkenaan tidak layak dibayar BITPS.

Seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menjalankan tugas kewangan serta tugas pengurusan stor secara sepenuh masa, kerana kekurangan kakitangan. Dalam kes seperti ini bolehkah Pegawai ini dibayar BITK serta BITPS kerana kedua-dua tugas tersebut adalah merupakan tugas beliau sepenuh masa?

Mengikut Peraturan yang sedang berkuatkuasa, seseorang pegawai yang diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk menjalankan tugas kewangan serta tugas pengurusan stor secara sepenuh masa kerana kekurangan kakitangan tidak layak kedua-dua bayaran insentif tersebut kerana tidak mungkin menepati syarat sepenuh masa bagi kedua-dua tugas tersebut dalam satu masa. Pegawai bertugas hendaklah menjalankan tugas sepenuh masa untuk layak menerima elaun berkenaan

Bilakah tarikh yang sebenar diambil kira bagi pembayaran BITPS dari RM40.00 kepada RM80.00 selepas seseorang pegawai itu lulus peperiksaan. Adakah ianya diambil kira dari tarikh peperiksaan diadakan atau mengikut tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan?

Mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa, seseorang pegawai yang telah lulus peperiksaan BITPS, kenaikan kadar pembayaran BITPS dari RM40.00 ke RM80.00 adalah diambilkira pada bulan berikutnya selepas keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan. Sebagai contoh, sekiranya keputusan tersebut dikeluarkan pada 3 Januari ataupun 28 Januari 2006, maka kenaikan kadar BITPS tersebut akan dikira mulai 1 Februari 2006.

 

 ELAUN PERUMAHAN WILAYAH BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH ( EPW )

Apakah yang dimaksudkan dengan Pegawai Yang Bertukar Wilayah dan Takrif perkataan ‘berasal’ mengikut definasi surat edaran JPA yang dikeluarkan?

Elaun Perumahan Wilayah dibayar kepada pegawai yang memenuhi takrifan “pegawai yang bertukar wilayah”. Takrif pegawai bertukar wilayah adalah seperti dinyatakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1997,  Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2005. Takrif “berasal” pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu bapa pegawai seperti yang dinyatakan melalui Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/75/2 (SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.  Sekiranya ibu bapa pegawai dilahirkan di wilayah yang berbeza, pegawai perlu memilih sama ada wilayah kelahiran ibu atau wilayah kelahiran bapa sebagai wilayah asalnya tertakluk kepada sekali pemilihan dalam tempoh perkhidmatan hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

Bolehkah EPW dibayar kepada Pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah?

Dalam kedudukan ini, pegawai tidak layak dibayar EPW kerana tidak memenuhi kriteria takrif berasal seperti yang telah dinyatakan dalam surat edaran JPA  bil.JPA(S)63/ 75/2(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

Bagaimanakah kedudukan EPW Pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak makakala ibunya berasal daripada Semenanjung?

Pegawai mestilah mengisytiharkan terlebih dahulu melalui perakuan bersumpah dan direkodkan dalam buku perkhidmatan takrif berasalnya.  Berhubung soalan yang dikemukakan, pegawai telah memilih wilayah kelahiran bapa iaitu Sarawak sebagai takrif berasalnya. Oleh itu pegawai adalah layak menikmati elaun dan kemudahan bagi pegawai bertukar wilayah.

Adakah pegawai layak dibayar elaun EPW sekiranya pasangannya membeli sebuah rumah melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan?

Pegawai yang mendiami rumah yang dibeli oleh pasangan pegawai dengan pinjaman perumahan kerajaan di dalam stesen pegawai berkhidmat adalah layak diberi Elaun Perumahan Wilayah seperti yang telah dinyatakan dalam surat edaran JPA(S)63/151 Klt.23 ( 8 ) bertarikh 14 Julai

Adakah dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri atau memohon terlebih dahulu

Pegawai hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan Borang JPA (EPW) untuk kelulusan Ketua Jabatan.

Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja menggunakan pinjaman swasta layak dibayar EPW?

Perenggan 6.7, PP11/2001 menjelaskan bahawa “Pegawai yang telah diberi kemudahan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan adalah tidak layak dibayar EPW”. Pegawai yang membeli rumah dengan pinjaman swasta adalah layak dibayar EPW.

Jika suami seorang pegawai tentera atau polis berasal dari Semenanjung Malaysia disediakan kuarters tetapi tidak menduduki kuarters tersebut dan beliau dibayar elaun perumahan khas, adakah isteri yang juga pegawai kerajaan dan berasal dari Semenanjung Malaysia layak dibayar EPW?

Jika suami / isteri pegawai seorang pegawai tentera atau polis yang telah disediakan kemudahan perumahan (kuarters) tetapi tidak menduduki rumah tersebut, pegawai adalah tidak layak dibayar EPW kerana dikira telah mempunyai kemudahan perumahan.

 

image