Syarat-Syarat Am Permohonan Peperiksaan Online JANM

  •  Pemohon hendaklah merujuk kepada Jadual Peperiksaan JANM bagi tahun berkenaan sebelum mengisi borang permohonan. [ JADUAL PEPERIKSAAN ] .
  •  Merujuk kepada sukatan peperiksaan berkenaan untuk pastikan syarat-syarat kelayakan permohonan telah dipatuhi.

Bil  Sukatan Peperiksaan  Muat Turun
1  Peperiksaan Subjek Jabatan - Pembantu Akauntan W19   Muat Turun
2  Peperiksaan Subjek Jabatan - Penolong Akauntan W29   Muat Turun
3  Peperiksaan - Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)   Muat Turun
4  Peperiksaan - Ujian Kemahiran Untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)   Muat Turun
 
  •  Hanya pemohon yang layak dan benar-benar ingin menduduki peperiksaan sahaja boleh mengemukakan permohonan.
  •  Pemohon hendaklah memastikan maklumat yang diisi adalah benar dan lengkap.
  •  Permohonan menduduki peperiksaan dan keputusan peperiksaan akan sendirinya TERBATAL jika pemohon didapati:
 pemohon mengemukakan permohonan yang tidak benar ;dan/atau
 pemohon tidak layak

 

 

Panduan Mengisi Borang Permohonan Online

Langkah Tindakan
1 Semak Jadual Peperiksaan untuk peperiksaan yang akan diduduki.
2 Pastikan syarat-syarat kelayakan seperti dalam Sukatan Peperiksaan telah dipenuhi.
3 Cetak Panduan Kod untuk memudahkan proses mengisi borang permohonan online.
[ PANDUAN KOD ]
4 Pilih menu Permohonan
5 Klik peperiksaan yang ingin dimohon. Skrin permohonan peperiksaan akan dipaparkan.
Nota : Link hanya akan berfungsi pada peperiksaan yang dibuka permohonannya sahaja. Jika link tersebut tidak berfungsi, maka permohonan bagi peperiksaan tersebut belum dibuka atau telah ditutup.
6 Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
Nota : Permohonan tidak akan diteruskan jika maklumat yang diisi tidak lengkap.
7 Semak ketepatan maklumat dan klik butang HANTAR supaya permohonan diterima dan maklumat dapat disimpan ke dalam database.
8 Anda hanya dibenarkan untuk menghantar satu permohonan sahaja bagi setiap peperiksaan. Jika pemohon memohon lebih dari satu permohonan, maka sistem akan memaparkan mesej pemberitahuan dan permohonan akan dibatalkan.
9 Pastikan mesej "PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA DITERIMA!" terpapar pada skrin setelah anda menekan butang HANTAR. Jika mesej tersebut tidak terpapar, maka permohonan anda gagal diterima.
10 Pilih Menu Semakan Status Permohonan dan masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak permohonan.
11 Cetak Slip Arahan Calon 2 minggu sebelum tarikh peperiksaan dijadual berlangsung.
12 Sila bawa Slip Arahan Calon ini semasa hadir untuk menduduki peperiksaan.

 

 

image