Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


YBhg.Dato'/Tuan/Puan,

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI KURSUS JANGKA PENDEK DI LUAR NEGARA DI BAWAH PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN KUMPULAN PENGURUSAN PERTENGAHAN GRED 48 HINGGA 54 BAGI TAHUN 2015

Dimaklumkan bahawa Kursus Pendek di Luar Negara di Bawah Program Pembangunan Kepimpinan Kumpulan Pengurusan Pertengahan Gred 48 hingga Gred 54 Tahun 2015 akan diadakan pada bulan Oktober dan November 2015. Sehubungan itu, sukacita Jabatan ini mempelawa pihak YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 hingga Gred 54 yang berkelayakan untuk mengikuti kursus ini.


Permohonan secara online perlu dilakukan mulai 1 sehingga 10 Julai 2015. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 20 Julai 2015 (Isnin).. Maklumat lengkap berkaitan program adalah seperti lampiran yang disertakan.

Sila hubungi pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut:

Puan Fauziah binti Abdullah - 03 88821188


Klik pada surat dan lampiran dibawah untuk muat turun.

Surat Tawaran

Lampiran B

Lampiran C

image