Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera


YBhg.Dato'/Tuan/Puan,

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA DI REPUBLIK KOREA TAHUN 2015 (KUMPULAN PELAKSANA GRED 1-40)

Dimaklumkan bahawa Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea Tahun 2015 akan diadakan bermula pada 21 Oktober hingga 30 Oktober 2015 (10 hari). Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada belia-belia Malaysia untuk mempelajari, menghayati dan mencontohi budaya dan etika kerja serta nilai-nilai positif masyarakat Korea serta menjalin hubungan rapat dan kerjasama di antara Malaysia dan Korea.

Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan dipelawa untuk mergemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 1 – 40 untuk mengikuti program di atas. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 20 Julai 2015 (Isnin). Pemohon juga dikehendaki untuk mengisi Lampiran 1 dengan lengkap. Maklumat lengkap berkaitan program adalah seperti lampiran yang disertakan.

Sila hubungi pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut :

Fauziah Binti Abdullah - 03-88821188

Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim - 03-88821030


Klik pada surat dan lampiran dibawah untuk muat turun.

Surat Tawaran

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran 1

image