Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Kursus Leadership Development Program For Middle Management Level (Managers) bagi pegawai Gred 48-54 bermula pada 24 Ogos hingga 19 September 2015 dan Kursus Management Training Programme For Junior Officer In The Field Of Human Resource bagi pegawai Gred 41-44 bermula pada 3 hingga 28 November 2015.


Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 15 Jun 2015 (Isnin). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan maklumat am adalah seperti lampiran yang disertakan.


Muat turun surat edaran, syarat permohonan dan maklumat am untuk Gred 48-54 di sini
Muat turun surat edaran, syarat permohonan dan maklumat am untuk Gred 41-44 di sini

LINK ke JPA

---> eSILA

---> Portal Rasmi JPA

image