Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa Biasiswa Komanwel New Zealand 2015 untuk pegawai Pengurusan dan Profesional yang berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut.

Sehubungan dengan itu, warga JANM dan Akauntan lantikan JANM yang berkelayakan adalah dipelawa memohon. Semua Akauntan lantikan JANM yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dua (2) salinan kecuali New Zealand Scholarship Application Form 2015 hendaklah dibuat satu salinan asal dan tiga (3) salinan potostat dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 10 Jun 2015 (Rabu) sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:

Puan Fauziah binti Abdullah
Tel: 03-8882 1188 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Raja Nur Syahidatul Amirah Binti Raja Brahim
Tel: 03-8882 1030 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila klik disini untuk maklumat lanjut dan borang permohonan.

image