Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DI CENTRAL OFFICIALS TRAINING INSTITUTE (COTI), REPUBLIC KOREA TAHUN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan bagi mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (Coti), Republic Korea Tahun 2015. Sehubungan itu, YBhg. Dato’/ Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 9 Februari 2015 (Isnin). Maklumat lengkap berkaitan program, syarat-syarat permohonan dan lampiran kegiatan/aktiviti/sumbangan pegawai adalah seperti lampiran yang disertakan.

Muat turun Surat edaran tawaran COTI kumpulan Senior Gred 48-54 di sini
Muat turun Surat edaran tawaran COTI kumpulan Junior Gred 41-44 di sini
Muat turun Surat edaran tawaran COTI kumpulan Pelaksana Gred 27-40 di sini
Muat turun Lampiran C - Borang Perakuan Ketua Jabatan di sini
Muat turun Lampiran 1 - Borang Senarai Kegiatan/Aktiviti/Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi di sini

image