Urusan Pemangkuan Jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 Ke Gred W26 Di Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 ke Gred W26.  Syarat-syarat pemangkuan mengikut Skim Perkhidmatan Perakaunan Gred W22 ke Gred W26 adalah seperti berikut :-
 
           a.      Telah disahkan dalam perkhidmatan;
           b.      Telah berada di gred kenaikan pangkat jawatan Pembantu Akauntan Gred W22 sebelum atau pada 31 Disember 2009;
           c.       Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2012, 2013 dan 2014) tidak kurang 80%;
           d.       Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 
           e.       Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
           f.       Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan;
           g.       Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib ; dan
           h.       Diperaku oleh Ketua Jabatan.
 
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan. Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
 
           1.       Satu (1) salinan borang permohonan cetak online melalui ePerkhidmatan Pemangkuan (e-Borang JANM/M3); 
           2.       Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang dikemaskini;
           3.       Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (dalam tempoh 5 tahun); 
           4.       Salinan Kelulusan Tapisan Keutuhan; dan
           5.       Salinan Laporan Penilaian Prestasi (LPP) bagi Tahun 2012, 2013 dan 2014;
 
Sukacita diingatkan bahawa pemangkuan ini berkemungkinan melibatkan penempatan ke tempat lain.  Oleh yang demikian, permohon adalah dikehendaki menyatakan sama ada bersedia bertukar atau tidak, sekiranya diluluskan pemangkuan.  Untuk makluman tuan/puan jua, penempatan sebenar permohon adalah tertakluk kepada pertimbangan akhir Jabatan ini demi kepentingan perkhidmatan secara keseluruhannya.
 
Ketua-Ketua Jabatan adalah dipohon supaya menyampaikan maklumat-maklumat ini kepada semua Pembantu Akauntan Gred W22.  Lembaga Kenaikan Pangkat JANM juga berhak menentukan pemohon-pemohon yang mempunyai markah Laporan Penilaian Prestasi yang cemerlang sahaja layak dipertimbangkan.  Permohonan yang lewat diterima dari tarikh tersebut atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan.   Permohonan berserta dokumen-dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 22 JANUARI 2016 di alamat :
 
                        Pengarah
                        Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
                        Jabatan Akauntan Negara Malaysia
                        Aras 7, No.1, Kompleks Kementerian Kewangan
                        Persiaran Perdana, Presint 2
                        62594 W.P.PUTRAJAYA
                        (u.p : Puan Maniza binti Mahfuz)
 
Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai-pegawai berikut :-
 
 

Bil.

Nama Pegawai

No. Telefon

e-mail Jabatan

1.

Puan Baizurah binti Sabri

03-88821308

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2.

Puan Nor Fariza binti Sulaiman

03-88821098

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3.

Puan Siti Noor Lisshahrikin binti Ali Nordin

03-88821092

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 
Muat turun iklan pemangkuan bagi urusan yang berkaitan di atas, sila klik di sini. 
 
image