Pelawaan Kemudahan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2015/2016 Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Dan Ph.D Sec

 

Semua Akauntan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Bahagian/ Negeri/ Cawangan JANM

Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

PELAWAAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2015/2016 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT DIPLOMA LEPASAN IJAZAH, SARJANA DAN Ph.D SECARA SEPARUH MASA

Sukacita Jabatan ini mempelawa pihak YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) di Kementerian/Jabatan/Agensi YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) Sesi 2015/2016 bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma Lepasan Ijazah Sarjana dan Ph.D secara separuh masa.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon Program HLP ini. Semua Akauntan lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 15 Oktober 2015 (Khamis). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 

Puan Fauziah binti Abdullah
Tel: 03-8882 1035 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

YM Raja Nur Syahidatul Amirah binti Raja Brahim
Tel: 03-8882 1030 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Rozalinda binti Md Rasip
Tel: 03-8882 1191 / emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Surat Edaran, sila klik disini.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

image