Tujuan

Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar dan piawaian perakaunan serta asas persembahan penyata kewangan tahunan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957
[Akta 61].

Skop

Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulan Wang Disatukan. Akaun-akaun ini perlu diaudit terlebih dahulu oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan Negeri.
 

Tarikh Kuatkuasa
Sehingga kini, sembilan (9) PPK telah dikeluarkan dan tarikh ianya kuatkuasa adalah seperti berikut:

 

PPK Perihal Diterbitkan Pada

Berkuatkuasa Mulai Tahun Kewangan

1 Dasar Perakaunan Kerajaan Mac 2003 2012
2 Akaun Hasil Disatukan Mac 2003 2012
3 Akaun Amanah Disatukan Mac 2003 2012
4 Akaun Pinjaman Disatukan Mac 2003 2012
5 Pelaburan Mac 2003 2012
6 Wang Tunai Mac 2003 2012
7 Penyata Akaun Memorandum Mac 2003 2012
8 Pertukaran Mata Wang Asing Mac 2003 2012
9 Pemberian Kerajaan Mac 2003 2012

 

*Sila klik tajuk untuk muat turun isi kandungan PPK.

 

Pencapaian

Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang telah mengamalkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam.

Malaysia wins the prize for being the first country to apply Cash Basis IPSAS. The Malaysian Government first did this for the financial statements for the year ending 31 December 2004. It gained a clear audit report for these accounts.”
Dipetik dari ACCA International Public Sector Bulletin, Issue No. 8, Januari 2007
image
image