Sistem Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik (e-SPKB) telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan projek-projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan Elektronik. Projek-projek perintis yang dimaksudkan adalah :

 

• Perolehan Elektronik (ePerolehan)

• Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)

• Perkhidmatan Elektronik (eKhidmat)

• Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)

 

Ia membantu dalam proses kawalan belanjawan, memantau perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan proses penyediaan dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan Sistem e-SPKB dengan Sistem GFMAS, urusan bayaran perbelanjaan dapat dipercepatkan.

Ciri-ciri e-SPKB

• Penyediaan dokumen kewangan melibatkan tiga peringkat iaitu sedia, perakuan I dan perakuan II.

• Pengemaskinian buku vot dan penyesuaian akaun secara elektronik termasuk bagi perbelanjaan pukal dan gaji.

• Waran peruntukan, baucar bayaran, penyata pemungut dan baucar jurnal dihantar secara online ke pejabat perakaunan.

Hardcopy dokumen kewangan dan dokumen sokongan disimpan di PTJ. Penyemakan dan kelulusan di pejabat perakaunan dilakukan secara elektronik.

• Pembayaran boleh dibuat samada melalui EFT (Electronic Fund Transfer) atau cek.

• Rekod-rekod jabatan seperti daftar bil dan buku vot tidak diselenggara secara manual tetapi akan dijana secara automatik melalui sistem.

• Laporan-laporan harian, bulanan, jadual dan pilihan boleh dicetak mengikut keperluan dan bila-bila masa.

• Setiap tindakan yang diambil oleh kakitangan dalam pemprosesan dokumen akan direkod secara auto dalam maklumat pengesahan.

• Membuat kawalan dokumen dengan mengambil kira prosedur kewangan yang berkuatkuasa.

• Kedudukan baki peruntukan diketahui pada bila-bila masa.

• Ketepatan data kewangan dalam akaun kerajaan lebih terjamin kerana data yang berpunca dari e-SPKB atau aplikasi-aplikasi EG lain tidak perlu diinput semula oleh pejabat perakaunan.

• Penggunaan kad pintar dalam sistem mengetatkan lagi kawalan kewangan kerajaan.

• Pengantaramukaan dengan aplikasi Kerajaan Elektronik yang melibatkan pembayaran dan perakaunan dapat dibuat.

• Dokumen kewangan yang dijana/cetak melalui sistem sah digunapakai dalam menggantikan dokumen manual contohnya pesanan tempatan, waran perjalanan udara, penyata pemungut, baucar jurnal, baucar bayaran dan sebagainya.

 

e-Terimaan

Sistem e-Terimaan dibangunkan bagi memudahkan serta menyeragamkan proses pungutan wang Kerajaan di peringkat Pusat Tanggungjawab, juga memudahkan penyesuaian akaun di antara Pusat Tanggungjawab dengan Pejabat Perakaunan.

 

Antara peranan utama e-Terimaan adalah untuk memperkemaskan proses pungutan hasil dan mempertingkatkan kawalan pengurusan buku tunai dengan memasukkan prosedur perakaunan buku tunai berkomputer.

Helpdesk e-SPKB

JANM menyediakan khidmat bantuan kepada pengguna sistem e-SPKB di seluruh Malaysia melalui Helpdesk EGAG. Helpdesk EGAG berperanan sebagai sumber maklumat dan juga menjadi tempat rujukan untuk pengguna mengenai pelbagai isu sistem e-SPKB melalui telefon dan juga emel.

 

Klik untuk ke Meja Bantuan

image