Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan (GFMAS) atau lebih dikenali sebagai GFMAS merupakan sistem perakaunan yang digunakan oleh JANM mulai tahun 2006. GFMAS dibangunkan untuk memantapkan lagi proses pembayaran kerajaan dan juga mengakaunkan kutipan hasil kerajaan dengan cepat dan cekap selaras dengan tag line JANM iaitu: Excellent Accounting @ Your Service


Keupayaan GFMAS

gfmas chart

GFMAS merupakan sistem bersepadu yang berupaya memudahkan perancangan kewangan, kawalan bajet dan perakaunan kerajaan. Ia menggabungkan semua fungsi perakaunan yang meliputi pembayaran, penerimaan, pengurusan gaji, Wang Tak Dituntut, pinjaman kerajaan, pinjaman dan pendahuluan kepada kakitangan awam, pelaburan dan penyediaan Akaun Awam ke dalam satu platform bersepadu.

image
image