Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri atau SPEKS merupakan sistem perakaunan yang berasaskan tunai ubahsuai. Sistem ini telah mula digunakan sejak Mac 2002 di sebelas (11) Kerajaan Negeri. Objektif utama pembangunan SPEKS adalah untuk:
- Menambahbaik pentadbiran kewangan Kerajaan Negeri;
- Meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam Pengurusan Kewangan; dan
- Penyediaan Penyata Kewangan yang tepat dan cepat.
Sistem SPEKS masih digunakan oleh tujuh (7) Kerajaan Negeri sehingga 2020 memandangkan landskap perakaunan Kerajaan masih dalam proses transisi dari perakaunan berasaskan tunai ubahsuai ke perakaunan akruan.