Dimanakah Surat Kuasa Pemungut Tunai Di Kaunter Bank bagi Panjar Wang Runcit boleh diperolehi?

Surat Kuasa Pemungut Tunai Di Kaunter Bank bagi Panjar Wang Runcit boleh diperolehi di dalam Surat Pekeliling JANM Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2013 di arkib buletin eSPKB seperti di bawah:

  1. Tahun : 2013
  2. Bulan : 2
  3. Perihal : SPANM
  4. Klik Cari

Atau

Portal JANM Negeri Kedah

  • Taipkan carian anda : Tatacara Pengurusan Panjar Wang Runcit Secara EFT

Bagaimanakah untuk mendapatkan Notis Pembayaran Panjar Wang Runcit sekiranya notisfikasi melalui emel tidak diterima?

Sekiranya notisfikasi melalui emel tidak diterima, notifikasi tersebut boleh diperolehi melalui Sistem eMaklum di portal JANM

Tatacara penggunaan Sistem eMaklum boleh rujuk di SPANM Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2013 – Tatacara Pengurusan Panjar Wang Runcit Secara Electronic Fund Transfer di arkib buletin eSPKB atau portal JANM Negeri Kedah.

Atau

Permohonan notifikasi manual melalui borang permohonan Notis Pembayaran Manual Lampiran E Borang PWREFT02/2013

Borang permohonan boleh diperolehi di SPANM Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2013 di arkib buletin eSPKB atau portal JANM Negeri Kedah.

Bagaimanakah untuk mendapatakan Laporan Terperinci/ Flimsi Bulanan daripada JANM?

Melalui Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan di portal JANM http://www.anm.gov.my/main.php

Untuk mengakses sistem tersebut pihak Jabatan/ Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mengemukakan borang permohonan iaitu Lampiran A Borang SP/ANM/3/2010/01 – Borang Permohonan Akses/ Pembatalan Akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan kepada Unit Akaun.

Borang permohonan boleh diperolehi di portal JANM http://www.anm.gov.my/main.php di modul Pekeliling Tahun 2010 Bilangan 3.

Bagaimanakah untuk mengemaskini peranan mengakses Sistem eLaporan untuk memuat turun Laporan Terperinci/ Flimsi Bulanan?

Mengemukakan borang permohonan iaitu Lampiran A Borang SP/ANM/3/2010/01 – Borang Permohonan Akses/ Pembatalan Akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan kepada Unit Akaun.

Borang permohonan boleh diperolehi di portal JANM http://www.anm.gov.my/main.php di modul Pekeliling Tahun 2010 Bilangan 3.

Bilakan Penyata Penyesuaian Vot/ Hasil/ Amanah/ Deposit perlu dihantar ke JANM Negeri Kedah?

Penyata Penyesuaian Vot/ Hasil/ Amanah/ Deposit perlu dihantar ke JANM Negeri Kedah dalam tempoh 14 hari dari tarikh Laporan Terperinci/ Flimsi Bulanan boleh dimuat turun melalui Sistem ePenyata Gaji & eLaporan seperti tarikh di dalam surat pemakluman yang di buletinkan melalui eSPKB, eTerimaan dan Portal JANM Kedah.

Peraturan penghantaran penyata penyesuaian boleh rujuk di SPANM Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2013 – Peraturan-Peraturan Penyediaan Dan Penghantaran Penyata Penyesuaian Manual/ Elektronik di arkib buletin eSPKB seperti di bawah:
  1. Tahun : 2013
  2. Bulan : 1
  3. Perihal : SPANM
  4. Klik Cari

Sekiranya penyata penyesuaian melalui eSPKB dan eTerimaan tidak dapat dicetak/ tiada maklumat di dalam laporan yang dicetak apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Jabatan/ Pusat Tanggungjawab/ Pejabat Pemungut?

Jabatan/ Pusat Tanggungjawab/ Pejabat Pemungut perlu menyediakan penyata penyesuaian secara manual.

Format penyata penyesuaian manual boleh rujuk di SPANM Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2013 – Peraturan-Peraturan Penyediaan Dan Penghantaran Penyata Penyesuaian Manual/ Elektronik di arkib buletin eSPKB seperti di bawah:
  1. Tahun : 2013
  2. Bulan : 1
  3. Perihal : SPANM
  4. Klik Cari

image