Bagaimanakah penolakan EFT boleh berlaku?

Terdapat beberapa situasi di mana penolakan EFT boleh berlaku :

(i) Akaun penerima telah tutup.

(ii) Akaun penerima tidak aktif.

(iii) Kesilapan nama atau nombor akaun penerima.

(iv) Kesilapan kod bank

(v) Penolakan disebabkan oleh kegagalan sistem.

Bagaimanakah Cek Terbatal boleh berlaku?

Cek Terbatal berlaku apabila:

(i) Cek telah tamat tempoh (Laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek) - rujuk AP 118 (a)

Apakah dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan penggantian penolakan EFT dan Cek Terbatal?

Dokumen yang perlu disertakan ialah:

(i) Borang TUNTUTAN PEMBAYARAN BALIK/PELARASAN CEK/EFT TERBATAL yang telah lengkap diisi.

(ii) Salinan buku/ penyata bank penerima (disahkan)

(iii) Salinan baucer bayaran terdahulu (disahkan)

(iv) Salinan Maklumat Penerima Bayaran (Bukan DCS) yang telah dikemaskini di dalam sistem eSPKB bagi memastikan kesilapan tidak berulang dan maklumat tersebut perlu disahkan.

Di manakah saya boleh menyemak senarai penolakan EFT dan Cek Terbatal?

PTJ boleh semak di dalam Buletin eSPKB. Senarai penolakan EFT dan Cek Terbatal akan dibuletinkan setiap minggu.

Apakah sumber rujukan yang boleh dirujuk oleh PTJ berkaitan prosedur penggantian penolakan EFT dan Cek Terbatal?

Surat Pekeliling JANM Kedah Bil 1/2015 bertarikh 12/5/2015 di dalam Arkib Buletin eSPKB – TATACARA PENGENDALIAN PINDAHAN DANA ELETRONIK TERBATAL (EFT TERBATAL)

image