1. Siapakah yang boleh memohon pinjaman kenderaan kerajaan persekutuan?
    1. Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap
    2. Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak
    3. Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

  2. Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan?
    1. membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
    2. memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
    3. jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
    4. jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
    5. pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta
    6. mempunyai lesen memandu yang sah

  3. Berapakah had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan ?
    1. Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan

      Jawatan Had Pinjaman( RM )
      Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas, Timbalan Pesuruhjaya Polis hingga Ketua Polis Negara 70,000
      Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Penolong Penguasa Polis hingga Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis 65,000
      Kumpulan Sokongan @ Ketua Inspektor polis dan ke bawah 55,000
    2. Pembelian motosikal RM 5,000
    3. Pembelian Motobot RM 4,000
    4. Pembelian enjin motobot RM 3,500
    5. Pembelian bot RM 700
    6. Pembelian basikal RM 500

  4. Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan?

    Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

    1. Jika RM65,000 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.
    2. Jika RM55,000 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

  5. Apakah syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan?

    Jenis Kenderaan Tempoh
    Kereta baru  Tidak melebihi 108 bulan
    Kereta terpakai  Tidak melebihi 96 bulan
    Motorsikal Baru
    • Prinsip Al-bai´bithaman´ajil
    • Prinsip konvensional
     Tidak melebihi 72 bulan
     Motorsikal terpakai  Tidak melebihi 60 bulan
     Motobot  Tidak melebihi 48 bulan
     Enjin Motobot  Tidak melebihi 48 bulan
     Bot  Tidak melebihi 24 bulan
     Basikal  Tidak melebihi 20 bulan


  6. Bolehkah pegawai membuat pinjaman kali kedua?
    Boleh, setiap 5 tahun sekali dengan syarat pinjaman pertama telah genap 5 tahun dan telah diselesaikan sepenuhnya. (SPP 5/2001 berkuatkuasa mulai 1 April 2001)


  7. Apakah tindakan yang sepatutnya diambil bagi mengelakkan terlebih potongan gaji peminjam apabila tempoh pinjaman kenderaan telah tamat?

    Peminjam perlu mengemukakan permohonan pertanyaan baki melalui jabatan peminjam untuk penamatan potongan kepada JMS(a)/BPOPA(b) (yang mana berkenaan). Disarankan untuk mengemukakan pertanyaan baki 3 bulan sebelum tempoh tamat. Ini membolehkan jabatan pegawai yang meminjam dapat membuat perubahan gaji tepat pada masanya.
    Nota:


    JMS (Jabatan Mengakaun Sendiri) terdiri daripada Jabatan/Kementerian berikut: Jabatan Perdana Menteri

    • Kementerian Pertahanan
    • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
    • Kementerian Pelajaran
    • Kementerian Kesihatan
    • Kementerian Dalam Negeri
    • Kementerian Kerja Raya
    • Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
    • Kementerian Pengangkutan
    • Kementerian Pengajian Tinggi

  8. Bagaimana peminjam boleh mendapat pembatalan catatan 'HAK MILIK DITUNTUT OLEH KERAJAAN' ?

    Peminjam perlu mendapatkan pengesahan baki pinjaman daripada JMS/BPOPA(yang mana berkenaan) melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam. Catatan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan apabila jabatan peminjam mengeluarkan surat bahawa pinjaman itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.

  9. Bolehkah pegawai mengguna pinjaman kenderaan kerajaan untuk menyelesaikan baki (re-finance) bagi kenderaan yang telah dibeli mengunakan pinjaman bank?

    Tidak boleh, sebab Skim Pembiayaan Kenderaan bagi Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam adalah untuk membiaya pinjaman baru sahaja bukan untuk pinjaman semula. (Pekeliling Perbendaharaan Bil 7/1993 perenggan 13.1 dan Bil. 8/1993 perenggan 14.1)

  10. Bagaimana prosedur untuk membuat penyelesaian awal baki pinjaman kenderaan?

    10.1 Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui proses pertanyaan baki untuk penyelesaian sekaligus/ tamat potongan samada melalui :-

     

    • Secara bersurat, peminjam perlu mengisi format surat pertanyaan baki dan dihantar kepada JMS/BPOPA(yang mana berkenaan) melalui jabatan peminjam. Maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam; Atau
    • Perkhidmatan online: Maklumat Pinjaman Kenderaan, di laman web rasmi www.anm.gov.my di mana peminjam boleh mengunci masuk butir-butir pinjaman sendiri. Tidak perlu melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam. Walau bagaimanapun maklumbalas kepada pertanyaan baki ini akan dikemukakan melalui Ibu Pejabat jabatan peminjam.

    10.2 Peminjam seterusnya perlu membuat pembayaran berdasarkan baki yang disahkan dan mematuhi tempoh tarikh yang ditetapkan:-

    • Bagi pinjaman dibawah Kumpulan Wang Pinjaman Kenderaan Persekutuan, dibayar tunai/bank deraf atas nama Akauntan Negara Malaysia, melalui Bahagian Kewangan jabatan peminjam; Atau
    • Bagi pinjaman dibawah Skim Pinjaman Kenderaan Kerajaan(GSVL) Bank Simpanan Nasional(BSN), dibayar terus di kaunter BSN.

image