Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan kelulusan sebagai Juruaudit Syarikat?

Syarat-syarat untuk mendapatkan kelulusan sebagai Juruaudit Syarikat;

  1. Pemohon mestilah mempunyai lima (5) tahun pengalaman kerja terkumpul secara sepenuh masa termasuk sebelum dan selepas menjadi Ahli MIA, iaitu;
    1. Sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja setelah menjadi ahli MIA;
    2. Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun daripada lima (5) tahun pengalaman kerja dalam praktis audit; dan
    3. Satu (1) tahun praktis audit (daripada 3 tahun) hendaklah berperanan sebagai Penyelia Audit**.
  2. Pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengauditan tetapi tidak terlibat lagi dalam amalan audit masih layak memohon jika ada
    1. Meninggalkan amalan audit dalam tempoh tidak lebih tiga (3) tahun dari tarikh permohonan; atau
    2. Meninggalkan amalan audit lebih dari tiga (3) tahun tetapi mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam praktis audit di dalam persekitaran Malaysia sebelum mengemukakan permohonan baharu.
  3. Pemohon yang mempunyai pengalaman audit di firma audit luar negara juga boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon telah menjalankan amalan audit sekurang-kurangnya satu (1) tahun di dalam persekitaran Malaysia secara sepenuh masa.
  4. Pemohon mestilah menjadi ahli Institut Akauntan Malaysia (IAM) bertaraf “Akauntan Bertauliah”.
  5. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Amalan (Practising Certificate) yang sah dari MIA.
  6. Pemohon kali pertama disyaratkan untuk menghadiri Public Practice Programme yang dianjurkan oleh MIA.  Sijil kehadiran tersebut hendaklah belum tamat tempoh semasa permohonan dibuat.

Penyelia Audit bermaksud menyelia, mengurus dan mengawal proses auditan termasuk penyediaan laporan kewangan dan perancangan audit.

Berapa lamakah tempoh menunggu untuk seseorang calon itu sebelum dipanggil untuk temuduga?

2 bulan – 4 bulan.

Siapakah panel temuduga dan apakah aspek-aspek yang diuji dalam sesi temuduga itu?

Panel temuduga Juruaudit terdiri dari:

  1. Wakil Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) – Pengerusi
  2. Wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  3. Wakil Institut Akauntan Malaysia (MIA)
  4. Wakil Suruhanjaya Sekuriti (SC)
  5. Wakil Bank Negara Malaysia (BNM)

Skop Temuduga:

  1. Akta Syarikat 2016
  2. Akta Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
  3. Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
  4. Akta Perkhidmatan Kewangan 2013
  5. Akta Akauntan 1967 & Undang-undang Kecil Institut Akauntan Malaysia (Berkaitan Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan)

Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga?

Kelulusan Juruaudit:

Calon perlu menghantar kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) perkara-perkara berikut:

  1. Salinan surat peruntukan nombor firma yang dikeluarkan oleh SSM;
  2. Salinan borang dibawah Seksyen 265(4) Akta Syarikat 2016 yang telah disahkan oleh SSM;
  3. Bayaran kelulusan sebanyak RM100.00/- melalui modul pembayaran elektronik BLESS; dan
  4. Salinan kad pengenalan yang disahkan. 

Apakah tatacara untuk membuat permohonan kelulusan baharu Juruaudit Syarikat?

Pemohon perlu melakukan perkara berikut:

  1. Pemohon perlu mendaftar dalam sistem BLESS melalui http://www.bless.gov.my/bless;
  2. Pemohon mengemukakan permohonan untuk kelulusan Juruaudit Syarikat melalui sistem BLESS;
  3. Muat naik salinan sijil yang berkaitan serta sijil amalan yang telah disahkan;
  4. Muat naik surat penaja daripada pemegang lesen Juruaudit Syarikat yang sah; dan
  5. Membuat pembayaran RM100 secara pembayaran elektronik setelah lulus temuduga.

Apakah tatacara untuk membuat permohonan pembaharuan kelulusan Juruaudit Syarikat?

Pemohon perlu melakukan perkara berikut:

  1. Pemohon perlu mendaftar dalam sistem BLESS melalui http://www.bless.gov.my/bless;
  2. Pemohon mengemukakan permohonan untuk kelulusan Juruaudit Syarikat melalui sistem BLESS;
  3. Muat naik borang akuan berkanun ditandatangan oleh Pesuruhjaya Sumpah;
  4. Muat naik salinan resit yuran tahunan semasa yang dibayar ke MIA;
  5. Muat naik salinan resit yuran pembaharuan sijil amalan terkini yang dibayar kepada MIA; dan
  6. Membuat pembayaran RM100 secara pembayaran elektronik.

Bilakah permohonan pembaharuan kelulusan Juruaudit Syarikat perlu dikemukakan melalui BLESS?

Pemohonan perlu dikemukakan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan.

Apakah tindakan yang harus diambil sekiranya kelulusan Juruaudit telah tamat tempoh?

  1. Juruaudit perlu memperbaharui kelulusan dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh akhir pembaharuan kelulusan terdahulu. Sepanjang tempoh tersebut, mereka tidak boleh bertindak sebagai juruaudit dan tidak dibenarkan menandatangani sebarang laporan audit.
  2. Sekiranya Juruaudit Syarikat gagal untuk memperbaharui kelulusan tersebut dalam tempoh satu (1) tahun, mereka perlu menghantar permohonan baharu melalui sistem BLESS dan menduduki semula temuduga.

image