Sistem apakah yang perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan dan bagaimanakah untuk memohon kelulusan tersebut ?

 

- Sistem perakaunan kewangan yang perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah merujuk kepada sistem yang melibatkan proses perancangan, pengkosan, pengagihan, perbelanjaan, penerimaan, perakaunan (subsidiari, gaji, aset tetap, pelaburan, pinjaman), pengurusan stor (inventori) dan pelaporan wang awam.

- Cara untuk memohon kelulusan tersebut ialah dengan memohon kelulusan reka bentuk sistem daripada Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan, Seksyen Khidmat Perunding, JANM. Kelulusan ini adalah terpakai selagi tiada perubahan kepada reka bentuk sistem. Kertas permohonan hendaklah merujuk kepada:

    1. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 5 Tahun 2010 - Garis Panduan Permohonan Pembangunan Sistem Perakaunan Kewangan Agensi Kerajaan. Dengan berkuatkuasanya pekeliling ini, maka SPANM Bil.1/1992 dan Bil.5/2004 adalah dibatalkan.
image
image