Latar Belakang PCB

Akta Cukai Pendapatan 1967 Subseksyen 107 (2).

Tujuan PCB dikenakan:
 
  1. Memastikan bayaran PCB adalah sama atau hampir sama dengan cukai sebenar (ke arah final tax).
  2. Mengurangkan beban pekerja membayar cukai sekaligus apabila cukai sebenar dikira.
  3. Memastikan PCB saraan tambahan tidak melebihi 26% (kadar cukai maksimum individu).
  4. Tanggungjawab pekerja kemuka maklumat betul (perenggan 113(1)(b) Akta).
Potongan PCB dilakukan secara auto melalui sistem payroll JANM berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Jabatan / Sekolah. Formula perkiraan ini digunakan di semua pejabat JANM seluruh Negara.

Peranan dan Tanggungjawab Jabatan/Sekolah

Memastikan maklumat peribadi penjawat awam dikemaskini di Sistem payrol JANM. Semakan boleh dibuat melalui laporan Payroll Master Listing (ZRPY025)

Mengedar Borang Mengemaskini Maklumat Peribadi Bagi Tujuan Pengiraan PCB (Lampiran C) kepada pegawai serta menyediakan SG20 berdasarkan maklumat yang diberi oleh pegawai kepada JANM untuk dikemaskini.

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai

  1. Menyemak maklumat peribadi sedia ada di unit kewangan/gaji Jabatan/Sekolah.
  2. Mengemaskini maklumat peribadi dengan menggunakan Borang di Lampiran C serta mengemukakakn dokumen sokongan yang berkaitan seperti sijil nikah, sijil beranak atau surat tawaran kemasukan Institut Pengajian Tinggi.
  3. Memahami pengiraan PCB melalui PCB kalkulator seperti yang terdapat di laman web LHDNM http://calcpcb.hasil.gov.my/

Perkara yang diambil kira dalam Pengurangan PCB

  1. Memilih pelepasan pasangan untuk taksiran bersama bagi pasangan yang tidak bekerja.
  2. Bayaran Zakat.
  3. Caruman secara sukarela (Borang KWSP 6A(1))
  4. Bilangan tanggungan dan status perkahwinan.

Soalan Lazim

Apabila saya mengunjungi LHDN cawangan terdekat bertanyakan PCB bulanan yang dipotong melalui gaji bulanan, saya mendapati amaun yang sepatutnya dipotong adalah tidak sama seperti yang dikira oleh pihak LHDN, apakah perlu saya lakukan?

Perkara ini akan berlaku apabila data yang diberi oleh pegawai kepada pihak LHDN tidak sama dengan data di dalam sistem payroll JANM. Pegawai adalah dinasihatkan untuk mengemaskini maklmat peribadi masing masing dengan mengisi Borang Lampiran C serta mengemukakan dokumen sokongan kepada bahagian Unit Gaji tempat pegawai bertugas bagi membolehkan pihak JANM mengemasikni data tersebut di dalam Sistem Payroll.

Pegawai boleh menyemak sama ada data maklumat peribadi yang terdapat di Sistem Payroll JANM telah dikemaskini melalui pejabat atau sekolah masing masing.

Apabila saya membandingkan pendapatan yang saya perolehi dengan rakan sekerja yang mendapat jumlah pendapatan yang sama dengan saya, saya dapati PCB yang dipotong melalui gaji bulanan kami adalah berbeza, mengapa perkara ini berlaku?

Terdapat beberapa aspek yang menyebabkan perbezaan pengiraan PCB ini berlaku, antaranya adalah status perkahwinan, bilangan tanggungan, jumlah potongan zakat, jumlah caruman KWSP dan sebagainya yang terdapat di dalam sistem payroll JANM bagi seseorang pegawai dengan pegawai yang lain adalah berbeza.

Maklumat peribadi yang berbeza antara pegawai akan menyebabkan potongan PCB pegawai berbeza walaupun mendapat jumlah saraan yang sama.

Bolehkah pihak JANM tidak memotong PCB melalui payroll bulanan pegawai?

Rujuk kepada subseksyen 107(2) Akta Cukai Pendapatan 1967. Adalah menjadi tanggungjawab majikan memotong PCB daripada saraan setiap pekerja pada setiap bulan mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer dan membayar kepada Ketua Pengarah LHDN.

image
image