Apakah yang perlu dilakukan oleh kementerian/jabatan untuk menjamin kejayaan pelaksanakan Sistem Perakaunan Mikro (SPM) ?

 

Kementerian/Jabatan perlu menghubungi Unit Perakaunan Pengurusan, Seksyen Khidmat Perunding JANM untuk mengadakan taklimat bagi tujuan memberi kefahaman kepada kakitangan/pengurusan tentang kegunaan SPM. Bengkel perlu diadakan untuk membolehkan kakitangan terlibat menggunakan pakej yang telah dibangunkan dan memanafaatkan laporan-laporan yang dikeluarkan.

Khidmat nasihat / tindakan susulan pelaksanaan selepas bengkel akan diberikan untuk memastikan SPM berjalan dengan lancar. Untuk menjamin kejayaan pelaksanaan SPM, kementerian perlu mengambil tindakan berikut:

  1. menubuhkan Jawatankuasa Pemandu SPM atau jawatankuasa lain berkaitan untuk memantau pelaksanaannya yang diketuai oleh Ketua Agensi.
  2. melantik Ketua Fasilitator yang dapat memastikan kejayaan pelaksanaan SPM
  3. melantik Pasukan Petugas yang mempunyai daya usaha serta semangat untuk menjayakan SPM. Pasukan ini akan diberi bimbingan secukupnya untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan.
image