Pengenalan

YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato´/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam ucapan alu-aluan beliau semasa MAPPA XI pada 9 Mac 2010 telah mengajak semua anggota Perkhidmatan Awam untuk menggunakan e-mel sebagai medium komunikasi yang pantas dalam memberi respon dan pandangan terhadap sesuatu keputusan.Perkara yang sama juga telah dibangkitkan oleh YBhg. Tan Sri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) pada 5 Mac 2010.Bagi memastikan penggunaan e-mel dilaksanakan dengan berkesan, semua penjawat awam dikehendaki untuk melaksanakan tatacara penggunaan e-mel seperti berikut:

 

  1. Menjawab e-mel dengan kadar segera;
  2. Menjawab e-mel dengan menggunakan kemudahan "reply" supaya teks mesej asal dikekalkan dalam e-mel tanpa mengedit teks asalnya;
  3. Menulis jawapan di bahagian atas mesej e-mel penghantar;
  4. Menggunakan bahasa dan ayat yang jelas, tepat dan mudah difahami oleh penerima; dan
  5. Penggunaan kemudahan "auto reply" seperti "Out of Office" tidak digalakkan.

 

2. Dalam mengambil tindakan susulan terhadap perkara ini, YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato´/Datin/Dr./Tuan/Puan bolehlah merujuk kepada panduan-panduan yang telah dikeluarkan oleh MAMPU berhubung penggunaan internet dan e-mel seperti berikut:

 

  1. Malaysian Public Sector Management of Information and Communication Technology Security Handbook (MyMIS) bertarikh 15 Januari 2002;
  2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk "Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan" bertarikh 28 November 2003;
  3. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertajuk "Langkah-langkah Mengenai Penggunaan Mel Elektronik di Agensi-agensi Kerajaan" bertarikh 1 Jun 2007; dan
  4. Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertajuk "Langkah-langkah Pemantapan Pelaksanaan Sistem Mel Elektronik" bertarikh 23 November 2007.

 

3. YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato´/Datin/Dr./Tuan/Puan diminta mengambil tindakan selanjutnya supaya langkah-Iangkah di atas dipatuhi, dilaksanakan dan dipantau sepenuhnya dengan berkesan. YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato´/Datin/Dr./Tuan/Puan juga dipohon untuk memanjangkan arahan ini kepada pegawai-pegawai di bawah pentadbiran YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Dato´/Datin/Dr./Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERSAMA MELAKSANA TRANSFORMASI"

(NORMAH MD. YUSOF)

11 Mac 2010

Permohonan & Penamatan Emel

Bil Tajuk  
1 Borang Permohonan Emel Muat Turun
2 Borang Penamatan Emel Muat Turun

Manual Penggunaan Emel Microsoft Exchange 2010

Bil Tajuk  
1 Manual Penggunaan Emel Outlook Web Application (OWA)   Muat Turun
Manual Konfigurasi Microsoft Outlook 2010 (Exchange Synchronization)   Muat Turun
Manual Konfigurasi Microsoft Outlook 2010 (POP3)   Muat Turun
Manual Kemaskini Maklumat Akaun Pengguna   Muat Turun
Manual Reset Kata Laluan Outlook Web Application (OWA)   Muat Turun
Manual Reset Kata Laluan Microsoft Outlook 2010   Muat Turun
Manual Penggunaan Kalendar Emel   Muat Turun
Borang Permohonan Emel Versi 2013   Muat Turun
Borang Penamatan Emel Versi 2013   Muat Turun

Amalan Baik Keselamatan Kata Laluan Emel Rasmi JANM

Amalan baik keselamatan kata laluan-11Jan2013-110538

Manual Penggunaan Enkripsi Emel

Bil Tajuk  
1 Manual Versi 1 2014 - Outlook Web Application (OWA)   Muat Turun
2 Manual Versi 1 2014 - Microsoft Outlook 2010   Muat Turun

image