• slideshow


  • PERLANJUTAN TEMPOH PENUTUPAN JANM CAWANGAN MIRI

    Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,
     
    Sehubungan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan
    kaunter di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Miri ditutup sehingga 14hb April 2020 atau tarikh
    yang akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa. 

    Sekian, harap maklum. 

    Terima kasih.
  • UNTUK EDARAN SEGERA

    KENYATAAN KESELAMATAN & KESIHATAN

    PENANGGUHAN PROGRAM/AKTIVITI BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

    Merujuk kepada Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) bagi bulan Mac dan April ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan penularan COVID-19 berlaku. Sehubungan dengan ini Jabatan memutuskan agar :-

    a)     Semua aktiviti perhimpunan, kursus, taklimat dan mesyuarat ditangguhkan. Hanya taklimat dan mesyuarat yang benar-benar MUSTAHAK boleh diteruskan dengan syarat ianya diadakan dalam premis sendiri dan dihadiri oleh peserta dalaman sahaja serta dengan langkah keselamatan kesihatan ketat dilaksanakan.

    b)     Tugasan Lapangan bagi Naziran PTJ  dan Pemeriksaan WTD ke Entiti ditangguhkan bagi mengelakkan risiko jangkitan terhadap petugas-petugas.

    c)     Perkhidmatan Kaunter Perkhidmatan WTD dihentikan sementara dan orang ramai diminta untuk menggunakan perkhidmtan semakan secara on-line dan mengemukakan tuntutan bayaran balik WTD mereka secara pos.

    Warga JANM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedur (SOP) pengawalan pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh KKM.

    Warga  JANM juga adalah diminta untuk menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang mengalami jangkitan COVID-19 sebagaimana pemakluman KKM. Bagi mana-mana warga yang baru pulang dari wilayah/bandar berkaitan adalah diminta menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan disahkan selamat sebalum masuk bertugas.

    Warga JANM juga diseru agar mengamalkan penjagaan kesihatan yang baik. Sekiranya mengalami sebarang gejala jangkitan diminta menjalani pemeriksaan kesihatan dengan segera. Selanjutnya Warga JANM adalah diminta untuk mengikuti perkembangan terkini jangkitan COVID-19 melalui laman wen rasmi KKM.

    Semua pihak dalam JANM adalah diminta memandang serius berhubung risiko penularan COVID-19 ini dan sentiasa peka dan mematuhi terhadap langkah-langkah pencegahan yang diumumkan Kerajaan. 

     


    JAWATAN KUASA KESELAMATAN DAN PEKERJAAN

    JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

    16 Mac 2020

image