• Banner Baru Perak
  • Nurul Quran 3x
  • RAMADHAN
  • covid
  • Banner COVID 19
  • Banner epayslipBM
  • 2
  • VISI N MISI BAHARU
  • eksaSIJILmampu

Tuan/puan,

 

MAKLUMAN DAN PERINGATAN MENGENAI ANCAMAN SERANGAN SIBER DAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN ICT SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

 

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

 

Untuk makluman, Agensi Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Agency (NACSA)), Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui National Cyber Coordination and Command Centre (NC4) telah mengesan beberapa serangan siber ke atas beberapa agensi Kerajaan Malaysia sepanjang tempoh PKP.

 

Serangan siber ini telah dikesan merangkumi serangan Advanced Persistent Threat (APT) dan pencerobohan laman sesawang kerajaan/swasta. Oleh yang demikian,bagi mengelakkan serangan siber ini berlaku ke atas komputer peribadi, komputer riba dan lain-lain peralatan elektronik, berikut adalah langkah-langkah keselamatan ICT yang perlu dipatuhi oleh agensi/individu sepanjang tempoh kawalan pergerakan (PKP).

 

1. Menggunakan Virtual Private Network (VPN) bagi mengakses sistem/sumber dalaman jabatan;

2. Jangan sesekali membuka pautan atau emel yang mencurigakan;

3. Jangan melayari laman web yang tidak dipercayai;

4. Jangan terlalu mudah mendedahkan maklumat peribadi, seperti alamat emel atau katalaluan walaupun anda dikehendaki melakukannya;

5. Mengambil tindakan segera dengan mengemaskini katalaluan sekiranya anda merasakan ianya telah dicuri;

6. Memastikan sistem serta aplikasi telefon bimbit dan komputer sentiasa dikemaskini;

7. Berhati-hati menggunakan perkhidmatan atas talian dan

8.  Sentiasa berhati-hati dengan sebarang panggilan daripada agensi penguatkuasaan, bank atau syarikat yang menghubungi anda; 

9. Menghubungi agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan sekiranya anda merasakan telah menjadi mangsa penipuan;

10. Menyekat emel yang berniat jahat  dan membuat laporan segera kepada NACSA

 

Perhatian tuan/puan adalah amat dihargai.

 

Sekian, terima kasih

image