SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BITK 2011 YANG TIDAK DITUNTUT
Berikut merupakan senarai nama calon-calon yang telah menduduki Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2011 yang mana keputusan mereka telah dikembalikan ke Unit Peperiksaan JANM kerana masalah alamat tidak lengkap atau telah bertukar jabatan. Mohon agar semua nama-nama yang telah disenaraikan untuk menghantar maklumat anda (Nama, Nama Peperiksaan, No Kad Pengenalan, Nama dan Alamat Tempat Bertugas Yang Terkini, Nombor Telefon dan Nombor Faks) melalui email kepada urusetia peperiksaan iaitu:
1) Pn Ruzila bt Abulis ruzila@anm.gov.my
2) Pn Noraniza bt Adnan noraniza.adnan@anm.gov.my
Muat turun senarai di sini
PELAWAAN BAGI MENYERTAI KURSUS SIRI 1 (KHUSUS) TAHUN 2012 UNTUK PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17 DI BAWAH PELAN LATIHAN (TRAINING ROADMAP) JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan dengan kerjasama Institut Perakaunan Negara (IPN) telah mengatur dan menganjurkan kursus-kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi Pembantu Akauntan Gred W17.
Sila klik untuk maklumat lanjut URUSAN PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA PERKHIDMATAN PERAKAUNAN DI BAWAH JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA YANG TELAH MEMANGKU SEBELUM 30 NOVEMBER 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang dalam proses mengumpul maklumat bagi urusan pertimbangan kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Perakaunan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang telah memangku selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu sebelum 30 November 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini untuk merujuk kepada surat siaran yang berkaitan.
(Dikemaskini pada 2012-02-02 15:34:17)