Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 4 Feb 2012, Sat
  Asas Perakaunan
  Piawaian Perakaunan Kerajaan
  Penyata Kewangan
  Kemaskini terakhir: 02/07/2008
Tujuan
Piawaian Perakaunan Kerajaan (PPK) adalah bertujuan untuk menetapkan dasar dan piawaian perakaunan serta asas persembahan penyata kewangan tahunan yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Skop
Pernyataan ini hendaklah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang menguruskan akaun-akaun Kumpulan Wang Disatukan. Akaun-akaun ini perlu diaudit terlebih dahulu oleh Ketua Audit Negara sebelum dibentangkan di Parlimen bagi Kerajaan Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Kerajaan Negeri.
Tarikh Kuatkuasa
Sehingga kini, sepuluh (10) PPK telah dikeluarkan dan tarikh ianya kuatkuasa adalah seperti berikut:
 
PPK Perihal Diterbitkan Pada
Berkuatkuasa Mulai Tahun Kewangan
 
1 Dasar Perakaunan Kerajaan November 2002 2003
2 Persembahan Penyata Kewangan Kerajaan Mei 2004 2005
3 Akaun Hasil Disatukan Mei 2004 2005
4 Akaun Amanah Disatukan Disember 2004 2006
5 Akaun Pinjaman Disatukan Disember 2004 2006
6 Pelaburan Disember 2004 2006
7 Wang Tunai Disember 2005 2007
8 Penyata Akaun Memorandum Disember 2005 2007
9 Pertukaran Mata Wang Asing Jun 2007 2008
10 Pemberian Kerajaan Jun 2007 2008
*Sila klik ikon untuk muat turun isi kandungan PPK.
Pencapaian

Kerajaan Malaysia merupakan negara pertama yang telah mengamalkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam.

“Malaysia wins the prize for being the first country to apply Cash Basis IPSAS. The Malaysian Government first did this for the financial statements for the year ending 31 December 2004. It gained a clear audit report for these accounts.”

Dipetik dari ACCA International Public Sector Bulletin, Issue No. 8, Januari 2007
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821