BADAN KEBAJIKAN PERKHIDMATAN PERAKAUNAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (BERKAT)
Profil BERKAT
BERKAT adalah merupakan salah satu badan yang menjalankan aktiviti kebajikan kepada setiap ahli.
Carta Organisasi
Pengerusi : Pn. Wan Selamah binti Wan Sulaiman
Timbalan Pengerusi : Pn. Rosini bt Abd Samad
Setiausaha : En. Mohd Redzuan bin Hasan
Penolong Setiausaha : En. Wan Mohd Aswad bin Wan Harun
Bendahari : Pn. Hanita binti Bunjari
Penolong Bendahari : Cik Norsiah binti Mokhtar
Pengerusi JK Kebajikan/Sosial : Tn. Hj. Ramli bin Chik
Pengerusi JK Kesihatan : En. Nasran bin Omar
Pengerusi JK Pendidikan : Pn. Hatimah binti Hamid
AJK : En. Mohamad Azmi Ali
Sumbangan / Bantuan Kepada Ahli BERKAT
Bantuan Bencana Alam
Bantuan diberikan kepada ahli yang mengalami musibah kebakaran, banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya.
Bantuan Kematian kepada waris ahli
Bantuan diberikan kepada waris bagi ahli yang meninggal dunia.
Bantuan Kesihatan
Bantuan kepada ahli atau keluarga yang mengalami masalah kesihatan teruk atau kritikal atau kecederaan parah akibat kemalangan.
Bantuan Persekolahan / Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Bantuan kepada anak ahli yang susah atau anak yang menuntut di IPT buat kali pertama.
Bantuan Perayaan Utama
Perayaan yang terlibat adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan lain-lain perayaan utama kaum lain.
Bantuan kepada ahli yang susah atau Anak Yatim kepada ahli yang telah meninggal dunia dan yang berumur tidak lebih 18 tahun dan masih dibawah tanggungan penjaga.
Semua permohonan bantuan perlu dikemukakan seperti alamat dibawah dan kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
Pn. Wan Selamah binti Wan Sulaiman, Pengerusi BERKAT.
Ahli biasa terbuka kepada semua anggota di jabatan-jabatan perkhidmatan perakaunan Akauntan Negara di seluruh Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
Ahli keluarga terdiri daripada anggota keluarga ahli biasa. Ahli keluarga tidak berhak mengundi dan memegang jawatan dalam BERKAT ini.
Semua permohonan keahlian perlu dikemukakan seperti alamat dibawah dan kelulusan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
Pn. Wan Selamah binti Wan Sulaiman, Pengerusi BERKAT.
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint
2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000 Fax : 603-8889 5821