|
Dasar
Privasi
Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan
maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui
laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di www.anm.gov.my.
Keselamatan
Data
Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan
disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan
yang sesuai.
Maklumat
Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung
melayari www.anm.gov.my kecuali maklumat yang dikemukakan
oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di
bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat
ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian
Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan
perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti
di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang
memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Pautan
Walaupun www.anm.gov.my mempunyai pautan dengan laman
web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan dan
agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai
untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan
supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap
laman web agensi lain yang dilayari.
Fail
Log
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan
laman web Perbendaharaan, maklumat umum pengunjung
seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan
lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan
dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman
yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun
ianya tidak melibatkan privasi individu.
Cookies
Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walaubagaimana
pun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan
dikemas kini di halaman ini.
Pertanyaan
atau Aduan
Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi
www.anm.gov.my bolehlah menghubungi kami melalui pertanyaan@anm.gov.my
atau melalui borang pertanyaan yang disediakan.
Maklumbalas
Kami amat mengalu-alukan maklum
balas dari pengunjung.
|