seseorang
itu mesti mempunyai kelulusan yang diiktiraf
dalam Jadual 1 Akta Akauntan 1967
menjadi
ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertaraf
Akauntan Bertauliah
mempunyai
sijil amalan dari MIA
mempunyai
pengalaman yang mencukupi dalam kerja-kerja
pengauditan dalam firma akauntan awam iaitu
selama 3 tahun selepas menjadi ahli MIA
. Bagi calon yang telah lama meninggalkan
kerjaya pengauditan disyaratkan mempunyai
sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman audit
secara berterusan dalam tempoh 4 tahun sebelum
permohonan sebagai juruaudit dan;
calon
diwajibkan menghadiri “Public Practice
Program” anjuran MIA
2.
Apakah
syarat-syarat untuk menjadi penyelesai syarikat ?
Syarat-syarat
untuk menjadi juruaudit;
Telah mendapat kelulusan
sebagai juruaudit di bawah Akta Syarikat sekurang-kurangnya
1 tahun dan
Mempunyai pengalaman
dalam bidang penyelesaian syarikat.
3.
Berapa
lamakah tempoh menunggu untuk seseorang calon
itu sebelum dipanggil untuk temuduga ?
1
bulan – 3 bulan.
4.
Siapakah
panel temuduga dan apakah aspek-aspek yang diuji
dalam sesi temuduga itu ?
Panel temuduga
terdiri dari :
Timbalan
Akauntan Negara ( Korporat ) – Pengerusi
Wakil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Wakil Institut Akauntan Malaysia (MIA)
Wakil Suruhanjaya Sekuriti (SC)
Wakil Bank Negara Malaysia (BNM)
Aspek-aspek yang
diuji :
SSM - Akta Syarikat 1965
MIA - MIA By Laws, percukaian,
pengauditan, FRS & ISQC
SC - Aspek industri
sekuriti dan pasaran modal
BNM - Aspek perbankan
dan kewangan
5.
Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya calon telah lulus temuduga ?
Calon perlu menghantar
kepada JANM perkara-perkara berikut:
Salinan surat peruntukan
nombor firma yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
Salinan Borang 5 Akta
Syarikat 1965 yang telah disahkan oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
Bayaran kelulusan
sebanyak RM100.00 dalam bentuk cek/kiriman
wang berpalang atas nama AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA; dan
Salinan kad
pengenalan yang disahkan.
6.
Bilakah
perlu menghantar borang C untuk memperbaharui
lesen juruaudit/penyelesai ?
3
bulan sebelum tamat kelulusan terdahulu.
7.
Apakah
tindakan yang harus diambil sekiranya lesen juruaudit
dan penyelesai syarikat telah tamat tempoh ?
Juruaudit dan penyelesai syarikat perlu
memperbaharui lesen dalam tempoh satu tahun
daripada tarikh akhir lesen. Sepanjang tempoh
tersebut, mereka tidak boleh bertindak sebagai
juruaudit dan tidak dibenarkan menandatangani
sebarang laporan audit.
Sekiranya juruaudit dan penyelesai syarikat
gagal untuk memperbaharui lesen tersebut
dalam tempoh satu tahun, mereka perlu menduduki
semula temuduga tersebut dengan menghantar
permohonan baru (Borang A) semula.
8.
Adakah
lesen cukai juga diberi secara automatik apabila
memperbaharui lesen juruaudit ?
Tidak.
Mulai 1 Januari 2006, pembaharuan lesen cukai
dan lesen juruaudit adalah berasingan. Semua
permohonan berkaitan juruaudit dan penyelesai
syarikat hendaklah dibuat kepada Jabatan Akauntan
Negara Malaysia, manakala permohonan berkaitan
ejen cukai dibuat kepada Bahagian Analisa Cukai,
Kementerian Kewangan.
9.
Berapakah
jumlah bayaran untuk memperbaharui lesen sebagai
juruaudit/penyelesai syarikat? Bagaimanakah cara
pembayarannya ? Bolehkah pembayaran dibuat secara
tunai atau menggunakan cek persendirian ?
Pembayaran
untuk pembaharuan lesen juruaudit ialah RM100
manakala penyelesai syarikat sebanyak RM50.
Pembayaran hendaklah dibuat kepada “AKAUNTAN
NEGARA MALAYSIA” menggunakan cek syarikat,
wang pos, kiriman wang atau bank draf. Pembayaran
secara TUNAI atau CEK PERSENDIRIAN tidak diterima
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint
2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000 Fax : 603-8889 5821