Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 4 Feb 2012, Sat
  e-SPKB
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Sykt
  Kelulusan Sistem
  SPM
  SAGA
  Wang Tak Dituntut & CDS-MOF
  Unit Perkhidmatan
  Pinjaman Kenderaan
  Pinjaman Komputer
  Pemusatan Kursus Generik Kewangan
  Kemaskini terakhir: 02/07/2008
1. Sistem apakah yang perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan dan bagaimanakah untuk memohon kelulusan tersebut ?
 

Sistem yang perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah seperti di para 4.1 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 1992 iaitu ;

  • Sistem Terimaan
  • Sistem Bayaran
  • Sistem Perakaunan Subsidiari
  • Sistem Perakaunan Gaji
  • Sistem Perakaunan Aset Tetap
  • Sistem Perakaunan Inventori
  • Sistem Lejar Am
  • Sistem Perakaunan Pelaburan
  • Sistem Perakaunan Pinjaman
  • Pakej aplikasi perakaunan berkomputer yang meliputi sistem perakaunan tersebut di atas.
  • Lain-lain sistem perakaunan seperti perakaunan pengurusan, pengkosan, perakaunan setor dan sebagainya.

Cara untuk memohon kelulusan tersebut ialah dengan menghantar laporan lengkap bagi permohonan kelulusan sistem yang diwujudkan/dipinda kepada urusetia Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan. Format laporan perlu merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 1992 dan Bil. 5 Tahun 2004.

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821