Bilakah
wang dalam pertelingkahan (moneys in dispute)
di antara pihak-pihak yang mempunyai kepentingan
ke atasnya tertakluk kepada Akta Wang Tak
Dituntut 1965 ?
Wang dalam
simpanan entiti hanya menjadi wang tak
dituntut sekiranya wang itu kena dibayar
di sisi undang-undang tetapi masih tidak
dibayar dalam tempoh masa yang ditetapkan
mengikut peruntukan Akta. Wang dalam
pertelingkahan di antara pihak-pihak
yang mempunyai kepentingan ke atasnya
hanya akan menjadi kena bayar di sisi
undang-undang apabila pertelingkahan
tersebut selesai. Selepas itu, wang
yang masih tidak dibayar kepada empunya
selepas tempoh satu tahun atau satu
tempoh masa yang lebih panjang sebagaimana
diputuskan, akan menjadi sebagai wang
tak dituntut.
2.
Bagaimanakah
wang dalam akaun simpanan tetap yang
mempunyai arahan pembaharuan automatik
boleh menjadi wang tak dituntut ?
Mengikut Akta
Wang Tak Dituntut 1965, wang dalam
kredit sesuatu akaun yang telah
tidak dikendalikan oleh empunya
dalam satu tempoh masa tidak kurang
daripada tujuh tahun telah ditafsir
sebagai wang tak dituntut.
Pengeluaran
arahan tetap oleh pemegang akaun
boleh diterima oleh institusi
kewangan sebagai urusan dikendalikan
oleh empunya. Akan tetapi tindakan
ke atas arahan tetap itu adalah
diambil oleh institusi kewangan
dan tindakan itu tidak boleh diterima
sebagai urusan dikendalikan oleh
empunya. Bagi tujuan perkiraan
tempoh masa tujuh tahun sepertimana
yang ditetapkan dalam Akta, ianya
bermula dari tarikh arahan tetap
terakhir yang dikeluarkan oleh
pemegang akaun.
3.
Apa
yang perlu dilakukan oleh entiti jika
terdapat kesilapan di dalam Daftar
Wang Tak Dituntut (UMA-3) selepas
ianya diserahkan kepada Pendaftar
?
Jika penyerahan
wang tak dituntut itu telah diproses
oleh Pendaftar, entiti itu boleh
mengemukakan permohonan untuk
menuntut balik wang yang tersilap
dilaporkan atau keseluruhan penyerahan
itu. Bagi membetulkan kesilapan
yang berlaku, entiti perlu mengemukakan
daftar UMA-3 yang baru.
Sekiranya penyerahan tersebut
masih belum diproses oleh Pendaftar,
entiti berkenaan boleh memohon
untuk mendapatkan semula daftar
UMA-3 bersama cek bayarannya untuk
tujuan pembatalan. Penyerahan
UMA-3 yang baru perlu dikemukakan.
4.
Siapa
yang berkuasa menandatangani borang
UMA-3 dan UMA-4 ?
a) Syarikat - Pengarah, setiausaha
syarikat, mana-mana pegawainya
atau pihak yang diberi kuasa
b)
Perbadanan - Mana-mana pegawainya
atau pihak yang diberi kuasa c)
Firma - Rakan kongsi, pengurus
atau mana-mana pegawainya atau
pihak yang diberi kuasa
5.
Apakah
langkah-langkah yang diambil oleh
Pendaftar untuk menyedarkan syarikat/firma
tentang kehendak Akta Wang Tak Dituntut
1965 ?
Selain
daripada pemeriksaan entiti dan
edaran buku panduan, Pendaftar
juga menganjurkan sesi taklimat
mengenai peruntukan Akta di pejabatnya
dan di semua pejabat negeri Jabatan
ini (Jabatan Akauntan Negara Malaysia).
Pendaftar turut bersedia menerima
jemputan entiti untuk mengendalikan
taklimat ini di pejabat mereka.
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint
2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000 Fax : 603-8889 5821