Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 4 Feb 2012, Sat
  e-SPKB
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Sykt
  Kelulusan Sistem
  SPM
  SAGA
  Wang Tak Dituntut & CDS-MOF
  Unit Perkhidmatan
  Pinjaman Kenderaan
  Pinjaman Komputer
  Pemusatan Kursus Generik Kewangan
  Kemaskini terakhir: 02/07/2008
1. Apakah syarat-syarat pengesahan lantikan?
 

Syarat-syarat pengesahan lantikan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu :

  • Surat Setuju Terima pelantikan (Borang 6A);
  • Surat Akuan Sumpah (Borang 6B);
  • Salinan Surat Akujanji (bagi lantikan selepas 1.1.2003);
  • Surat Akuan Doktor;
  • Penyata Perubahan Kewangan 8 (Kew. 8); dan
  • Tapisan Keselamatan bagi kumpulan jawatan yang disyaratkan.
2. Bagaimana dan bilakah seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam boleh disahkan dalam perkhidmatan?
 
  • Berjaya menjalani tempoh percubaan (Percubaan asal atau dilanjutkan);
  • Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
  • Lulus Peperiksaan yang ditetapkan;
  • Sokongan daripada Ketua Jabatan.

Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan atau sehari selepas hadir dengan jayanya Kursus Induksi.

3. Apakah yang perlu dilampirkan untuk memperakukan Pengesahan Dalam Jawatan dan Pemberian Taraf Berpencen?
 
  • Surat permohonan untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen.
  • Borang Opsyen untuk memilih samada skin pencen atau skim KWSP selaras dengan Peruntukan 6A(1) Pindaan Akta Pencen 1980.
  • Surat perakuan pengesahan dalam jawatan - Kenyataan berkenaan Peperiksaan. (jika berkaitan).
  • Surat perakuan pengesahan dalam jawatan (perintah Am 36 Bab ‘A’) dan Perakuan Pemberian Taraf Berpencen.
  • Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini.
  • Salinan Surat Tawaran Jawatan.
  • Salinan surat pengesahan lantikan.
  • Salinan sijil Kursus Induksi Umum dan Induksi Khusus.
  • Salinan Keputusan peperiksaan. (jika berkaitan).
  • Salinan surat perlanjutan tempoh percubaan (sekiranya dilanjutkan).
4. Bilakah seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam perlu membuat pengisytiharan harta?
 
  • Semua lantikan baru.
  • 5 tahun sekali (kecuali Ketua Jabatan 3 tahun sekali).
  • Perolehi harta baru.
  • Lupus harta.
  • Akan bersara.
  • Bila-bila masa jika diperlukan oleh kerajaan.
5. Bagaimanakah tatacara permohonan pertukaran bagi anggota-anggota perakaunan?
 

Kemukakan kepada Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan dokumen tersebut:

  1. Borang Permohonan Pertukaran Anggota Perakaunan atau surat permohonan pertukaran pegawai yang telah disokong oleh Ketua Jabatan.
  2. Dokumen-dokumen sokongan lain seperti berikut:
    • Salinan Sijil Nikah (jika berkenaan)
    • Salinan Surat Pengesahan Majikan (bagi pasangan)
    • Salinan Surat Beranak Anak-Anak (jika berkenaan)
    • Salinan Pengesahan Pegawai Perubatan (jika berkenaan)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821