Carian :
Kecilkan Saiz Tulisan Saiz Asal Besarkan Saiz Tulisan
  BM | English
7 Jan 2009, Wed
  Penguatkuasaan Akta Wang Dituntut
  CDS-MOF
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  Pembayaran Gaji
  Kod Perakaunan
  Prosedur Pemusnahan Dokumen Kewangan
  Kemaskini terakhir: 02/07/2008
Akta Wang Tak Dituntut ( Sesi taklimat interaktif )
Akauntan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pendaftar Wang Tak Dituntut (PWTD) pada 1 Jun 1975.
Siapa Wajib Mematuhi Akta Wang Tak Dituntut 1965
  • Syarikat, termasuk syarikat asing yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965;
  • Lembaga yang ditubuhkan untuk menguruskan kumpulan wang berkaitan dengan faedah- faedah persaraan;
  • Pertubuhan dan koperasi yang didaftarkan;
  • Perbadanan, pihak berkuasa awam dan kesatuan sekerja;
  • Firma iaitu pihak-pihak yang bersatu bagi menjalankan perniagaan.
Maksud Wang Tak Dituntut

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun yang termasuk:-

  1. gaji, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  2. dividen dan keuntungan diisytiharkan untuk dibayar;
  3. tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  4. deraf bank, pindahan telegraf dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  5. simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  6. cagaran dan deposit am di mana tujuan wang dikutip telah dicapai.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun yang termasuk:

  • Akaun simpanan
  • Akaun semasa
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak berurus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun (2) yang termasuk Pemiutang/Penghutang.

Tuntutan Balik Wang Tak Dituntut

Secara am, dokumen berikut perlu dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar oleh pemohon bagi tujuan tuntunan balik Wang Tak Dituntut :-

  • Borang UMA-7 yang telah diisi dan ditandatangani
  • Salinan asal dokumen yang menunjukkan empunya wang yang hendak dituntut. Misalannya buku bank, sijil simpanan tetap dan waran dividen. Sekiranya tidak mempunyai salinan asal dokumen atau salinan asal dokumen telah hilang, surat pengesahan daripada entiti yang telah serah Wang Tak Dituntut tersebut perlu diperoleh dan
  • Salinan kad pengenalan pemohon

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak berurus niaga bagi satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun (2) yang termasuk Pemiutang/Penghutang.

Untuk permohonan tuntunan balik wang bagi empunya yang telah meninggal, sesalinan Surat Pentadbiran perlu dikemukakan sebagai bukti bahawa pemohon mempunyai hak yang sah dari sisi undang-undang ke atas wang yang dituntut.

Amaun Wang Tak Dituntut yang akan dipulangkan oleh Pendaftar adalah amaun yang telah diserahkan oleh entiti dan tidak termasuk sebarang faedah terakruan ke atas wang tersebut.

Semua permohonan tuntutan balik Wang Tak Dituntut atau sebarang pertanyaan perlu dikemukakan kepada Pendaftar pada alamat berikut:

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Bahagian Pengurusan Amanah Dan Sekuriti
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Tel. : 03-20341850 (Ext. 143/158/146/105)
Fax : 03-20725707

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821