Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 13 Mar 2010, Sat
  Penguatkuasaan Akta Wang Dituntut
  CDS-MOF
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  Pembayaran Gaji
  Kod Perakaunan
  Prosedur Pemusnahan Dokumen Kewangan
  Garis Panduan Bagi Proses Kawalan Dan Pembayaran Bagi Projek Di Bawah Private Finance (PFI)
  Kemaskini terakhir: 27/02/2009
GARIS PANDUAN BAGI PROSES KAWALAN DAN PEMBAYARAN BAGI PROJEK DI BAWAH PRIVATE FINANCE INITIATIVE(PFI)

 

 1. TUJUAN
     Garis panduan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai proses kawalan      peruntukan dan pembayaran oleh Kementerian/Jabatan bagi projek di bawah      pembiayaan Private Finance Initiative (PFI).


 2. KAWALAN PERUNTUKAN
     (Surat Kuasa Berbelanja/ Waran Peruntukan Kecil)

    2.1 Kementerian Kewangan(Bahagian Pengurusan Belanjawan) akan           mengeluarkan Surat Kuasa Berbelanja yang memperincikan siling serta butiran           projek PFI dan kod SETIA kepada Pegawai Pengawal.

    2.2 Berdasarkan Surat Kuasa Berbelanja tersebut Pegawai Pengawal perlu
          mengeluarkan waran peruntukan kecil kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) atau
          agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan untuk melaksana dan           membayar projek tersebut.

    2.3 Maklumat dan butiran yang perlu diisikan dalam waran adalah seperti mana           bagi projek pembangunan biasa kecuali bagi item (a) dan (e) :
          a) Maksud(mesti digunakan huruf S menggantikan huruf P);
          b) Jabatan;
          c) PTJ/PK;
          d) Projek/SETIA;
          e) Objek;dan
          f) Amaun

    2.4 Kerjasama dipohon untuk memastikan butiran projek (5 aksara), SETIA (3           aksara) dan CP (S) mesti diisikan dengan betul dan lengkap.


 3. PEMBAYARAN

    3.1 Di peringkat penyediaan baucar bayaran, PTJ akan memasukkan butiran seperti
          yang telah disediakan dalam waran peruntukan kecil seperti berikut:

Vot

Jab

PTJ/PK

Prog/Akt

Amanah

Projek

Setia

CP

Objek

Amaun

SXX

XXX

XXXXXX

-

-

XXXXX

XXX

S

XXXXX

X,XXX.xx



...................

          Contoh pengisian Baucar Bayaran bagi projek Perumahan APD Pekan, pahang           di bawah Vot Jabatan Perdana Menteri.

Vot

Jab

PTJ/PK

Prog/Akt

Amanah

Projek

Setia

CP

Objek

Amaun

S06

111

010101

-

-

08500

015

S

33101

X,XXX.xx


    3.2 Bayaran boleh dibuat secara manual dan juga e SPKB dan sekiranya           Peruntukan untuk Projek masih berbaki pada akhir tahun, baki akan dibawa ke           tahun hadapan secara automatic dan perbelanjaan boleh terus dicajkan ke           tahun semasa.

    3.3 Bayaran dalam tempoh AKB:

          i.  Mengikut amalan sekarang Bayaran AKB akaun amanah diambilkira oleh
              Pejabat Perakaunan dalam tahun sebelum dan Buku Akaun Amanah               mengambil kira dalam tahun semasa.

          ii.  Bayaran AKB untuk akaun amanah adalah dalam kajian sama ada terpakai               bagi akaun amanah atau tidak.

              - Sekiranya bayaran AKB tidak terpakai untuk akaun amanah, maka bayaran                 dalam tempoh AKB dicajkan pada tahun semasa dan dilapor dalam tahun                 semasa.
              - Sekiranya bayaran AKB terpakai untuk akaun amanah, bayaran dalam                 tempoh AKB boleh dicajkan kepada tahun sebelumnya dan dilapor dalam                 tahun sebelumnya.

 4. PELAPORAN

    4.1 Pejabat Perakaunan akan keluarkan laporan C233S dan laporan C350 iaitu           Laporan Terperinci Perbelanjaan Vot PFI kepada Pusat Tanggungjawab setiap           bulan. Laporan C233S menunjukkan butiran terperinci peruntukan dan           perbelanjaan yang telah dilakukan di bawah Vot S mengikut projek bagi setiap           PTJ kementerian/jabatan manakala laporan C350 menyenaraikan perbelanjaan           mengikut akaun amanah kod 885508 bagi PTJ kementerian/jabatan.

    4.2 Bagi Pegawai Pengawal, Laporan A499S, A421S dan A441 akan dikeluarkan           oleh Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara setiap bulan.  Laporan A499S dan           A421S akan menyenaraikan perbelanjaan projek PFI bagi setiap           kementerian/jabatan mengikut projek manakala laporan A441 menyenaraikan           jumlah perbelanjaan PFI kementerian/jabatan mengikut akaun amanah kod           885508.
          (Laporan A499S dan A421S masih dalam pembinaan)

 5. PENYESUAIAN AKAUN PERBELANJAAN

    5.1 Bagi memastikan bahawa semua perbelanjaan telah diambil kira oleh Pejabat
          Pembayar, semua PTJ hendaklah menyediakan penyesuaian bulanan antara           perbelanjaan seperti di Laporan C233S dengan perbelanjaan seperti tercatat di           Buku kementerian/jabatan dan kemukakan kepada Pejabat Perakaunan dan           Pegawai Pengawal/Kementerian.

    5.2 Pihak kementerian hendaklah menyediakan penyesuaian peringkat           kementerian berasaskan penyesuaian daripada PTJ-PTJ di bawah kawalannya           dengan Laporan  A441 atau A499S dan kemukakan kepada Bahagian           Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi(BPOPA), Jabatan Akauntan Negara           Malaysia.


 6. PENUTUP
     Semua kementerian/jabatan hendaklah mematuhi peraturan seperti di perenggan      2 hingga 5 bagi memastikan perbelanjaan projek PFI diperakaunkan dengan tepat      dan sempurna.


     Tel: 03-88821542/1543/1544
     Kemaskini : 23.02.2009
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821