Laman
web ini dibangunkan sejajar dengan tag-line JANM,
iaitu Excellent Accounting @ Your Service
dan akronim bagi nama GFMAS (Sistem Pengurusan
Kewangan dan Perakaunan Kerajaan) iaitu, Go
for Maximum Acceptance and Satisfaction.
Laman web ini merupakan saluran alternatif maklumat
berkaitan organisasi dan perkhidmatan kami bagi
mempertingkatkan prestasi sistem penyampaian awam.
Maklumat
yang boleh diperolehi dari laman web ini meliputi
maklumat korporat, organisasi dan perakaunan.
Perkhidmatan atas talian seperti semakan baki
pinjaman kenderaan dan komputer, e-maklum, e-kursus
dan e-peperiksaan juga disediakan bagi memudahkan
tuan-tuan dan puan-puan berurusan dengan jabatan
ini tanpa hadir ke pejabat . Tuan-tuan dan puan-puan
juga dialu-alukan mengemukakan cadangan-cadangan
yang konstruktif supaya penambahbaikan laman web
dapat dijalankan secara berterusan.
Saya
berharap maklumat-maklumat yang disediakan melalui
laman web ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan
maklumat dan mempercepatkan urusan komunikasi.
Sekian, selamat melayari laman web Jabatan Akauntan
Negara Malaysia.