Jabatan
Akauntan Negara Malaysia telah diwujudkan
dengan pewujudan jawatan Akauntan Negara di
bawah Kementerian Kewangan sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan. Mengikut rekod jabatan,
jawatan Akauntan Negara yang pertama telah
disandang oleh En. G.G.T Browne dalam tahun
1946. Sehingga kini, JANM telah diterajui
oleh seramai 13 orang Akauntan Negara. Pada
tahun 1967, kepimpinan JANM telah diambil
alih oleh seorang anak tempatan.
Senarai
nama Akauntan Negara dari 1946 hingga sekarang
adalah seperti berikut:-
| |
| 01. |
En.
G.G.T Browne |
- |
1946 |
| 02. |
En.
E.A. Joy |
- |
1947-1949
dan 1951-1952 |
| 03. |
En.
J.H. Newbigging |
- |
1953
- 1955 |
| 04. |
En.
C.E. Gascoigne |
- |
1956
- 1957 |
| 05. |
En.
H.C. Roberts |
- |
1958
- 1962 |
| 06. |
En.
D. Mortimer |
- |
1964
- 1966 |
| 07. |
Y.
Bhg. Dato' Shamsir bin Omar |
- |
1967
- 1989 |
| 08. |
Y.M.
Raja Dato' Seri Abdul Aziz bin Raja
Salim |
- |
1990
- 1993 |
| 09. |
Y.
Bhg. Dato' Mohamed Adnan bin Ali |
- |
1994
- 1999 |
| 10. |
Y.
Bhg. Datuk Siti Maslamah bt Osman |
- |
2000
- 2003 |
| 11. |
Y.
Bhg. Dato' Othman bin Abdullah |
- |
2003
- 2005 |
| 12. |
Y.
Bhg. Dato' Mohd Salleh bin Mahmud |
- |
2005
- 2010 |
| 13. |
Pn. Wan Selamah bt Wan Sulaiman |
- |
2010
- Sekarang |
|
Nota
a) En. JH. Newbigging memangku jawatan Akauntan
Negara pada tahun 1950.
b) En. Mohammad Raslan menjadi Pemangku Akauntan
Negara pada 1963.
c) En. Zainul Abidin bin Yahya telah menanggung
kerja sebagai Akauntan Negara pada
1989 – 1990.
Sejak
beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi
JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras
dengan perkembangan sektor awam. Bermula dari
satu bangunan yang kecil bertempat di Bangunan
Life Insurance Corporation of India di persimpangan
Jalan Melaka atau Jalan Tun Perak (Mountbatten
Road), kemudiannya ke Bangunan Sultan Abdul
Samad di Kuala Lumpur dan seterusnya berpindah
ke Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan
Duta, Kuala Lumpur.
 |
|
Kini, JANM telah
berpusat di Putrajaya dengan terdiri
daripada 8 bahagian setelah Bahagian
Kumpulan Wang Amanah Pencen telah diperbadankan
sebagai badan berkanun di bawah Akta
Wang Kumpulan Persaraan 2007 (Akta 662)
berkuatkuasa 1 Mac 2007.
Selaras
dengan objektif JANM yang mengutamakan
penyampaian perkhidmatan yang efisien
dan efektif kepada pelanggan, JANM kini
telah berkembang kepada 25 buah cawangan
di seluruh Malaysia.
|
|