Logo
Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah dilancarkan
oleh Y. B. Dato’ Dr. Jamaludin
bin Mohd Jarjis, Menteri Kewangan
II pada 20 Oktober 2003 bersempena dengan
Majlis Perasmian Hari Kualiti Jabatan Akauntan
Negara Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh
Y. Bhg. Tan Sri Samsudin Hitam, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Akauntan Negara Malaysia
serta warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Logo ini dihasilkan dari gabungan warna-warna
seperti merah, biru dan kuning. Berikut
merupakan penerangan kepada logo tersebut:-
Garisan
Jalur Merah
: Akauntabiliti dan singkatan bagi Akauntan
iaitu huruf ‘A’
Garisan
Jalur Biru
: Profesionalisme dan singkatan bagi Negara
iaitu huruf ‘N’
Garisan
Jalur Kuning
: Kualiti dan simbol tandatangan
Akauntan Negara Malaysia
Gabungan
Jalur Merah dan Biru : Singkatan bagi Malaysia
atau huruf ‘M’
Skrin
Komputer : Mencerminkan simbol pengiraan
atau penyelesaian sesuatu masalah