IPN
telah berpindah secara rasminya dari Tingkat
22, Plaza Pengkalan, Jalan Ipoh ke kompleks
baru di Sungai Lang, Sabak Bernam pada 6 Disember
2005. Bangunan IPN telah siap sepenuhnya pada
25 Oktober 2004 dan diserahkan kepada IPN
pada April 2005. Ia terletak di dalam kawasan
seluas 100 ekar yang terbahagi kepada 4 blok
utama iaitu:-
Blok Pentadbiran.
Blok Asrama.
Blok
Surau.
Blok
Kuaters.
Visi
“Menjadi
Institut Pembelajaran pilihan dalam bidang
Perakaunan dan Kewangan Sektor Awam”
Misi
Membangun dan mempertingkatkan kompetensi
personel sektor awam.
Memberi nasihat dan khidmat perunding berkualiti
dalam bidang perakaunan dan kewangan.
Menjalankan
penyelidikan ke arah memantapkan sistem perakaunan
dan kewangan sektor awam.
Objektif
Melatih pegawai awam dalam bidang perakaunan
dan kewangan.
Mempertingkatkan kompetensi tenaga pengajar.
Menyediakan
kurikulum bersepadu dan komprehensif serta
latihan berstruktur bagi pegawai awam.
Mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Mempromosikan
Institut sebagai institusi pembelajaran unggul.
Mewujudkan
kaedah pembelajaran secara elektronik (e-learning).
Mewujudkan
usahasama strategik dengan institusi-institusi
pengajian tinggi dan pusat latihan kerajaan
atau swasta.
Fungsi
Memberi khidmat kursus tentang perakaunan
dan kewangan sektor awam serta menjalankan
penyelidikan dalam bidang perakaunan.
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint
2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000 Fax : 603-8889 5821