Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 7 Feb 2012, Tue
  Penguatkuasaan Akta Wang Dituntut
  CDS-MOF
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  Pembayaran Gaji
  Kod Perakaunan
  Prosedur Pemusnahan Rekod Kewangan Dan Perakaunan
  Garis Panduan Bagi Proses Kawalan Dan Pembayaran Bagi Projek Di Bawah Private Finance (PFI)
  Garis Panduan Permohonan Tenaga Pengajar IPN
  Kemaskini terakhir: 22/03/2011
Garis Panduan Memohon Khidmat Tenaga Pengajar Institut Perakaunan Negara(IPN)
PENGENALAN
  1. Institut Perakaunan Negara (IPN) merupakan sebuah pusat kecemerlangan latihan penjawat awam dalam bidang perakaunan dan kewangan. Di samping menganjurkan kursus-kursus perakaunan dan kewangan kepada penjawat awam pelbagai jabatan, IPN juga bersedia membantu Kementerian/Jabatan/Agensi mengenalpasti dan membekal khidmat tenaga pengajar yang bersesuaian bagi sebarang kursus perakaunan dan kewangan dalaman (in-house training).

  2. Garis panduan ini disediakan bertujuan membantu Kementerian/ Jabatan/Agensi penganjur kursus mengemukakan permohonan khidmat tenaga pengajar IPN dan seterusnya melancarkan proses pelantikan pegawai-pegawai yang bersesuaian bagi memenuhi permohonan tersebut.
GARIS PANDUAN
  3. Kementerian/ Jabatan/ Agensi penganjur yang ingin memohon khidmat tenaga pengajar IPN perlu mematuhi perkara-perkara berikut:
  1. Peserta Kursus
    Permohonan khidmat tenaga pengajar IPN adalah bagi kursus-kursus dalaman bagi tujuan latihan untuk pegawai/kakitangan dalam Kementerian/Jabatan/Agensi itu sahaja. Peserta kursus mestilah bukan daripada luar Kementerian/Jabatan/Agensi penganjur tersebut.

  2. Tempoh ceramah
    Permohonan khidmat tenaga pengajar akan dipertimbangkan hanya untuk sesi ceramah dengan tempoh minima empat (4) jam bagi satu hari. Kementerian/Jabatan/Agensi penganjur perlu mengaturkan sendiri khidmat tenaga pengajar bagi mana-mana sesi ceramah sekiranya tempohnya kurang dari 4 jam sehari.

  3. Tempoh Permohonan
    Semua permohonan perlu sampai kepada Pengarah IPN selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kursus. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

  4. Kelulusan Permohonan
    Pengarah IPN berhak melulus atau menolak mana-mana permohonan khidmat tenaga pengajar oleh Kementerian/Jabatan/Agensi penganjur. Pengarah IPN juga berhak melantik mana-mana pegawai yang bersesuaian sebagai tenaga pengajar bagi memenuhi permohonan Kementerian/ Jabatan/Agensi penganjur.

  5. Kos Penganjuran
    Segala kos penganjuran kursus oleh Kementerian/Jabatan/Agensi adalah menjadi tanggungjawab penganjur tersebut termasuk kos berkaitan penceramah seperti bayaran saguhati penceramah, elaun perjalanan kenderaan, penginapan, makan dan kos penyediaan nota ceramah.

  6. Maklumat Kursus
    Semua permohonan hendaklah dikemukakan dengan menyatakan maklumat kursus (seperti tajuk, bilangan peserta, gred jawatan peserta, tarikh, tempat) dan maklumat pegawai yang boleh dihubungi (nama, nombor telefon dan alamat e-mel).

  4. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada :
  1. Pengarah
  2. Institut Perakaunan Negara
  3. Jalan 2, Sg. Lang
  4. 45100 Sabak Bernam
  5. Selangor

  6. No. tel : 03-32172000
  7. No. faks : 03-32172021/2120/2140
  8. Laman web : www.ipn.gov.my

PENUTUP
  5. Garis panduan ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi bagi menjamin hasrat meningkatkan kompetensi perakaunan dan kewangan penjawat awam dapat dicapai secara kolektif. Garis panduan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821