Sistem
Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik
(eSPKB)
Sistem
Perancangan & Kawalan Belanjawan Elektronik
(eSPKB) telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan
kawalan kewangan serta keperluan maklumat kewangan
projek-projek perintis di bawah aplikasi Kerajaan
Elektronik. Projek-projek perintis yang dimaksudkan
adalah :
Perolehan Elektronik
(ePerolehan)
Sistem Pengurusan
Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
Perkhidmatan
elektronik (eKhidmat)
Sistem Pemantauan
Projek II (SPP II)
Ia
membantu dalam proses kawalan belanjawan, memantau
perbelanjaan PTJ dan mempercepatkan proses penyediaan
dokumen kewangan. Dengan adanya pengantaramukaan
Sistem eSPKB dengan Sistem GFMAS, urusan bayaran
perbelanjaan dapat dipercepatkan.
Ciri-ciri
eSPKB
Penyediaan dokumen kewangan
melibatkan tiga peringkat iaitu sedia, perakuan
I dan perakuan II.
Pengemaskinian buku vot
dan penyesuaian akaun secara elektronik termasuk
bagi perbelanjaan pukal dan gaji.
Waran peruntukan, baucar
bayaran, penyata pemungut dan baucar jurnal
dihantar secara online ke pejabat perakaunan.
Hardcopy dokumen
kewangan dan dokumen sokongan disimpan di
PTJ. Penyemakan dan kelulusan di pejabat perakaunan
dilakukan secara elektronik.
Pembayaran boleh
dibuat samada melalui EFT (Electronic Fund
Transfer) atau cek.
Rekod-rekod
jabatan seperti daftar bil dan buku vot tidak
diselenggara secara manual tetapi akan dijana
secara automatik melalui sistem.
Laporan-laporan harian,
bulanan, jadual dan pilihan boleh dicetak
mengikut keperluan dan bila-bila masa.
Setiap tindakan yang
diambil oleh kakitangan dalam pemprosesan
dokumen akan direkod secara auto dalam maklumat
pengesahan.
Membuat kawalan dokumen
dengan mengambil kira prosedur kewangan yang
berkuatkuasa.
Kedudukan baki peruntukan
diketahui pada bila-bila masa.
Ketepatan data kewangan
dalam akaun kerajaan lebih terjamin kerana
data yang berpunca dari eSPKB atau aplikasi-aplikasi
EG lain tidak perlu diinput semula oleh pejabat
perakaunan.
Penggunaan kad pintar
dalam sistem mengetatkan lagi kawalan kewangan
kerajaan.
Pengantaramukaan dengan
aplikasi Kerajaan Elektronik yang melibatkan
pembayaran dan perakaunan dapat dibuat.
Dokumen kewangan yang
dijana/cetak melalui sistem sah digunapakai
dalam mengggantikan dokumen manual contohnya
pesanan tempatan, waran perjalanan udara,
penyata pemungut, baucar jurnal, baucar bayaran
dan sebagainya.
Helpdesk
e-SPKB
JANM
menyediakan khidmat bantuan kepada pengguna
sistem eSPKB di seluruh Malaysia melalui Helpdesk
EGAG. Helpdesk EGAG berperanan sebagai sumber
maklumat dan juga menjadi tempat rujukan untuk
pengguna mengenai pelbagai isu sistem eSPKB
melalui telefon dan juga emel.
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint
2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000 Fax : 603-8889 5821