Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 11 Mar 2010, Thu
  GFMAS
  e-SPKB
  SAGA
  SPEKS
  SPM
  Kelulusan Sistem
  Kemaskini terakhir: 02/07/2008
Pengenalan

Arahan Perbendaharaan 138 (a) menetapkan bahawa Akauntan Negara berkewajipan menentukan suatu sistem perakaunan yang sepatutnya diwujudkan dan pengawasan yang sesuai diadakan untuk memastikan:-

  1. Semua harta kerajaan di dalam keadaan selamat.
  2. Segala perbelanjaan dibuat dengan sepatutnya.
  3. Segala hasil dipungut tepat pada waktunya dan segala penerimaan diakaunkan dengan betul.

Dengan itu adalah tanggungjawab Akauntan Negara mempastikan sistem perakaunan yang diwujudkan di Jabatan Akauntan Negara dan juga di Kementerian/Jabatan Persekutuan memenuhi peruntukan Arahan Perbendaharaan tersebut di atas.

Objektif
Jabatan Akauntan Negara Malaysia perlu memastikan sistem perakaunan yang diwujudkan adalah selaras dengan objektif utama Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan.
Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan
Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan telah ditubuhkan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan dipengerusikan oleh Akauntan Negara bagi maksud mengkaji dan meluluskan permohonan daripada Jabatan/Kementerian Kerajaan Persekutuan untuk mengwujud atau meminda sistem/prosedur perakaunan.
Cara memperolehi kelulusan sistem

Laporan lengkap bagi permohonan kelulusan sistem yang diwujudkan/dipinda perlu dihantar kepada urusetia Jawatankuasa Sistem Perakaunan Kerajaan Persekutuan. Format laporan perlu merujuk kepada

  • Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 1992 dan Bil. 5 Tahun 2004 Kelulusan Mengujud Atau Meminda Sistem/Prosedur Perakaunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan
Pengunaan MEPS Cash dan Kad Elektronik

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 dan Bil. 1 Tahun 2006 telah dikeluarkan untuk memberi garis panduan kepada Jabatan Persekutuan dan Negeri bagi melaksanakan sistem terimaan melalui MEPS CASH dan lain-lain kad elektronik seperti kad kredit dan kad debit.

  • Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 1 Tahun 2005 - Garis Panduan Penggunaan MEPS CASH dan Kad Elektronik di Jabatan Persekutuan dan Negeri.
  • Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 1 Tahun 2006 - Pindaan kepada Surat Pekeliling ANM Bil. 1 Tahun 2005 yang bertajuk Garis Panduan Penggunaan MEPS CASH dan Kad Elektronik di Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821