Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 4 Feb 2012, Sat
  Penguatkuasaan Akta Wang Dituntut
  CDS-MOF
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  Pembayaran Gaji
  Kod Perakaunan
  Prosedur Pemusnahan Rekod Kewangan Dan Perakaunan
  Garis Panduan Bagi Proses Kawalan Dan Pembayaran Bagi Projek Di Bawah Private Finance (PFI)
  Kemaskini terakhir: 22/03/2011

Kewajipan Syarikat Atau Firma Bagi Serahan Wang Tak Dituntut
 
  1. Syarikat atau firma yang mempunyai WTD hendaklah menyerahkan WTD tersebut kepada Pendaftar dengan mengisi borang UMA-3 sebanyak 1 salinan dengan merujuk Senarai Semak Serahan WTD dan borang UMA-4 sebanyak 2 salinan berserta cek atas nama Akauntan Negara Malaysia.

  2. Syarikat atau firma yang mempunyai WTD melebihi 20 rekod dikehendaki mengemukakan borang UMA-3 berserta CD ‘read only mode’ dalam format excel kepada Pendaftar dengan merujuk kepada Panduan Serahan Data WTD Dalam ‘Soft Copy’.

  3. Syarikat atau firma hendaklah menyerahkan 2 salinan borang UMA-3 kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur bagi tujuan pewartaan dan kos pewartaan ditanggung oleh Pendaftar.

  4. Serahan WTD kepada Pendaftar dan salinan borang UMA-3 kepada PNMB hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun.

  5. Syarikat atau firma hendaklah menyimpan salinan borang UMA-3 dan UMA-4 tersebut bagi tujuan rujukan dan pengesahan sekiranya terdapat tuntutan daripada empunya WTD kelak.

  6. Syarikat/firma boleh membuat permohonan kod syarikat/firma dengan memaklumkan maklumat nama syarikat, no. pendaftaran syarikat, alamat, no. telefon dan no. faks serta nama pegawai yang boleh dihubungi kepada Pendaftar WTD melalui surat atau faks atau emel kepada wtdbpas@anm.gov.my.

< < Mukasurat sebelumnya

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821