Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 4 Feb 2012, Sat
  Penguatkuasaan Akta Wang Dituntut
  CDS-MOF
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  Pembayaran Gaji
  Kod Perakaunan
  Prosedur Pemusnahan Rekod Kewangan Dan Perakaunan
  Garis Panduan Bagi Proses Kawalan Dan Pembayaran Bagi Projek Di Bawah Private Finance (PFI)
  Kemaskini terakhir: 22/03/2011

Bayaran Balik Wang Tak Dituntut - Tuntutan Oleh Individu
  • Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pejabat Pendaftar oleh pihak yang menuntut :
    1. satu borang UMA-7 yang telah siap diisi dan ditandatangani;
    2. salinan fotostat kad pengenalan pihak menuntut yang telah disahkan;
    3. dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD; (umpamanya buku akaun bank, waran dividen, sijil simpanan tetap); dan
    4. salinan mukasurat buku akaun atau penyata bank tempatan yang mengandungi maklumat pemegang akaun dan nombor akaun yang telah disahkan. Pemohon perlu memastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pemohon.

  • Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi tuntutan oleh individu :
    1. jika pihak yang menuntut tidak dapat menyerah dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan iii) di atas, beliau perlu memperolehi surat pengesahan yang menunjukkan butir-butir terperinci terhadap wang yang ingin dituntut dari syarikat atau firma yang telah menyerah WTD itu kepada Pendaftar.
    2. warga negara asing yang membuat tuntutan perlu mengemukakan salinan mukasurat pasport yang telah disahkan mengandungi nombor pasport, nama negara yang mengeluarkannya, nama dan gambar pemegang pasport dan juga muka surat yang menunjukkan tempoh sah laku pasport tersebut.
      Bagi warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen pasport, surat kuasa sah lain yang mengesahkan pengenalan dirinya perlu dikemukakan.
      Bagi warganegara Singapura, salinan kad pengenalan yang telah disahkan boleh dikemukakan.
    3. jika pihak yang menuntut bukan empunya asal wang tetapi mempunyai hak di sisi undang-undang terhadapnya, beliau dikehendaki mengemukakan dokumen bukti yang menunjukkan hak berkenaan.
      Dokumen yang boleh diterima termasuk :
      • Surat Kuasa Mentadbir
      • Sijil Pemberian Probet
      • Surat Wakil Kuasa
      • Borang E / F menurut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
      • Perintah Mahkamah
      • Sijil Faraid
      • Pengesahan oleh syarikat atau firma bahawa simati telah membuat penamaan waris
    4. Akaun simpanan kanak-kanak (bawah umur) yang dikendalikan mengikut tatacara pegangan amanah
      Di mana akaun seseorang kanak-kanak dikendalikan oleh seorang individu sebagai pemegang amanah, tuntutan bayaran balik hanya boleh dilakukan oleh pemegang amanah yang dimaksudkan itu melainkan kanak-kanak itu telah mencapai umur 18 tahun pada masa tuntutan dibuat (umur 12 tahun bagi pemegang akaun Bank Simpanan Nasional).

  • Tuntutan-tuntutan sepertimana berikut memerlukan Borang Bon Gantirugi (UMA-8) yang perlu diisi dan dimatikan setem hasil RM10.00 :
    1. jika pihak yang menuntut dimana tuntutan oleh waris tanpa sijil pemberian probet atau surat kuasa bagi amaun tidak melebihi RM2,000.00; atau
    2. kes tertentu tertakluk atas budi bicara Pendaftar WTD.

  • Pengesahan bagi semua salinan dokumen sokongan boleh dilakukan oleh individu-individu warganegara Malaysia sepertimana berikut :
    1. Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
    2. Penghulu atau Penggawa atau Pengerusi JKKK
    3. Pegawai Daerah
    4. Ahli Dewan Undangan Negeri
    5. Ahli Parlimen
    6. Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai

  • Pendaftar WTD berhak meminta apa-apa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan tuntutan tersebut adalah sah dan benar walaupun permohonan lengkap diterima.

  • Amaun WTD yang akan dipulangkan oleh Pendaftar adalah amaun yang telah diserahkan oleh syarikat atau firma tidak termasuk sebarang faedah terakru keatas wang tersebut.

< < Mukasurat sebelumnya

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821