Carian :
 
  BM | English
Saiz Asal 4 Feb 2012, Sat
  Penguatkuasaan Akta Wang Dituntut
  CDS-MOF
  Lesen Juruaudit dan Penyelesai Syarikat
  Pembayaran Gaji
  Kod Perakaunan
  Prosedur Pemusnahan Rekod Kewangan Dan Perakaunan
  Garis Panduan Bagi Proses Kawalan Dan Pembayaran Bagi Projek Di Bawah Private Finance (PFI)
  Kemaskini terakhir: 22/03/2011

Bayaran Balik Wang Tak Dtuntut - Tuntutan Oleh Syarikat Atau Firma
  • Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pejabat Pendaftar oleh pihak yang menuntut :
    1. satu borang UMA-7 yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh pengarah syarikat beserta cop nama dan jawatan pemohon dan cop syarikat atau firma berkenaan;
    2. salinan sijil pendaftaran syarikat atau firma atau salinan sijil pertukaran nama syarikat yang telah disahkan;
    3. dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD; atau surat pengesahan daripada syarikat atau firma yang menyerahkan wang tersebut;
    4. salinan penyata bank tempatan yang mengandungi maklumat pemegang akaun dan nombor akaun yang telah disahkan. Pemohon perlu memastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun syarikat atau pemohon.

  • Tuntutan-tuntutan sepertimana berikut memerlukan Borang Bon Gantirugi (UMA-8) yang perlu diisi dan dimatikan setem hasil :
    1. tuntutan syarikat atau firma kerana tersalah hantar serahan WTD kepunyaan syarikat atau firma itu sendiri. Syarikat atau firma perlu mengemukakan dokumen bukti yang dapat menunjukkan bahawa wang yang telah dihantar oleh syarikat atau firma tersebut sememangnya kepunyaan syarikat/firma berkenaan; atau
    2. kes tertentu tertakluk atas budi bicara Pendaftar WTD.

  • Pengesahan bagi semua salinan dokumen sokongan boleh dilakukan oleh individu-individu warganegara Malaysia sepertimana berikut
    1. Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
    2. Penghulu atau Penggawa atau Pengerusi JKKK
    3. Pegawai Daerah
    4. Ahli Dewan Undangan Negeri
    5. Ahli Parlimen
    6. Pesuruhjaya Sumpah Atau Jaksa Pendamai

  • Pendaftar WTD berhak meminta apa-apa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan tuntutan tersebut adalah sah dan benar walaupun permohonan lengkap diterima.

  • Amaun WTD yang akan dipulangkan oleh Pendaftar adalah amaun yang telah diserahkan oleh syarikat atau firma tidak termasuk sebarang faedah terakru keatas wang tersebut.

< < Mukasurat sebelumnya

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan, No.1, Persiaran Perdana, Precint 2, 62594 PUTRAJAYA.
Tel : 603-8882 1000    Fax : 603-8889 5821