faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Arkib Pengumuman 2022 Arkib Berita/Pengumuman 2022 Pemakluman Pembukaan Pra Permohonan Kursus Pelan Operasi Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2022 Untuk Penolong Akauntan

Pemakluman Pembukaan Pra Permohonan Kursus Pelan Operasi Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2022 Untuk Penolong Akauntan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Dimaklumkan bahawa Akauntan Negara Malaysia selaku Ketua Perkhidmatan bagi skim perkhidmatan Penolong Akauntan telah mengatur kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan pembangunan kompetensi skim perakaunan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Operasi Latihan (TRM) JANM.

3.           Sehubungan dengan itu, satu tinjauan awal bagi permohonan menghadiri kursus yang dirancang (Rujuk surat siaran di bawah) telah dibuka bagi tujuan pemilihan pegawai yang layak menghadiri kursus.  Permohonan kursus boleh dibuat melalui pautan https://www.anm.gov.my/anm_app/4/permohonan_kursus_TRM_2022.php atau imbas QR kod di bawah:

qr Pembukaan Pra Permohonan Kursus Pelan Operasi Latihan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2022 Untuk Penolong Akauntan

4.            Sebarang pertanyaan mengenai kursus boleh diajukan kepada Encik Mohd Izzuddin bin Jasni di talian 03-88821089 atau emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

5.           Kerjasama YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan amat diharapkan untuk menguar-uarkan kepada Penolong Akauntan di bawah seliaan YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan bagi membolehkan pegawai memenuhi kompetensi yang diperlukan.

Sekian, terima kasih

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN SURAT SIARAN

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup