faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Arkib Pengumuman 2022 Arkib Berita/Pengumuman 2022 Panggilan Kursus Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Akauntan Negara Malaysia Sesi 1/2022 - Penolong Akauntan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Jabatan ini selaku Ketua Perkhidmatan Pegawai Perakaunan telah mengatur kursus jangka pendek ke arah pemantapan kemajuan kerjaya serta meningkatkan kompetensi pegawai seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

2. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19, Jabatan ini telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kursus POL ini secara maya yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Institut Perakaunan Negara (IPN). Maklumat kursus adalah seperti yang berikut:

                   Tajuk Kursus                   : Prinsip dan Dasar Perakaunan
                   Senarai Peserta             : Seperti di Surat Siaran
                   Jadual                             : Seperti di Surat Siaran
                   Tarikh                               : 29-31 Mac 2022 (Selasa-Khamis)
                   Tempat                           : Dihadapan peranti masing-masing (Online)

3. Semua pegawai yang tercalon wajib untuk memohon kursus di atas melalui Sistem Pengurusan Latihan (SPL) IPN sebelum 11 Mac 2021(Jumaat) melalui link berikut:

https://espl.ipn.gov.my/ipnweb/page/kursusInfo.asp?schID=10832&yearID=105&programID=36&month=3&filter=S

4. Permohonan di Sistem SPL IPN (link di atas) yang telah berjaya akan ditambah ke dalam Group WhatsApp/Telegram melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Link kursus akan dihantar melalui group aplikasi tersebut.

5. Sebarang pertanyaan berkenaan pendaftaran dan perjalanan kursus boleh berhubung dengan pegawai berikut:

          i. Puan Norjasila binti Jamil (IPN)
             Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
             No. tel: 03-3217 2114

          ii. Puan Norliana binti Abdullah (IPN)
             Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
             No. tel: 03-3217 2110

6. Pegawai yang tidak dapat mengikuti kursus perlu mengemukakan surat tunjuk sebab yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing serta dimajukan ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dalam memberi pelepasan berkursus kepada pegawai seliaan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN SURAT SIARAN

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup