faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Arkib Pengumuman 2022 Arkib Berita/Pengumuman 2022 Pelawaan Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Untuk Pegawai Pengurusan Dan Profesional Bagi Mengikuti Pengajian Di Peringkat Sarjana Dan Kedoktoran (Ph.D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2023

Semua Akauntan
Bahagian/Negeri/Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional yang bekelayakan untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan kedoktoran (Ph.D) secara sepenuh masa bagi sesi 2023.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan.

Buat makluman YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, terdapat penambahbaikan dalam proses permohonan dan pencalonan bagi program HLP sesi 2023 yang mana keseluruhan prosesnya melibatkan secara dalam talian sepenuhnya (End to end). Tarikh tutup permohonan secara dalam talian melalui https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login adalah 20 MEI 2022.

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:           

Puan Fauziah binti Abdullah
Tel: 03-8882 1188/
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Puan Ain Nadhirah binti Jamal Afandi
Tel:  03-8882 1030/
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my atau https://epermohonanhlp.jpa.gov.my/login bagi memuat turun syarat, tatacara permohonan dan lampiran.

Sekian, terima kasih.

SURAT EDARAN

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 1.00 tengah hari - 2.00 petang)
Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup