Pelawaan Permohonan Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) Tahun 2023.
YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi penajaan pengajian secara sepenuh masa atau separuh masa bagi PKP dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Warga JANM lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) adalah dipelawa untuk memohon kemudahan ini. Semua pegawai lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan.
- PPKP bagi pengajian Ijazah Pertama, Diploma, Diploma Kemahiran Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia secara SEPENUH MASA.
Permohonan dibuka mulai 3 April 2023 sehingga 30 November 2023 (tertakluk kepada jumlah slot yang berbaki). Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh memulakan pengajian.
- PPKP bagi pengajian Ijazah Pertama secara SEPARUH MASA.
Permohonan dibuka mulai 3 April 2023 sehingga 26 Mei 2023 dan tarikh akhir penerimaan borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan oleh PPSM, JANM adalah pada 22 Mei 2023.
Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung PPKP ini, sila hubungi urus setia PPSM, JANM :
03-8882 1188 (Puan Fauziah binti Abdullah)
03-8882 1030 (Puan Ain Nadhirah binti Jamal Afandi)
Sekian, terima kasih.