Accessibility Tools

  • Content scaling 100%
  • Font size 100%
  • Line height 100%
  • Letter spacing 100%
fb ikon  ig ikon  utube ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
 
Info Galeri Media Video Arkib Berita/Pengumuman Arkib Berita/Pengumuman 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Subjek Jabatan Bilangan 2/2011 telah dikeluarkan.

Klik di sini untuk membuat semakan keputusan

Berikut merupakan senarai nama calon-calon yang telah menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ( KPSL) 2011 yang mana mempunyai masalah alamat yang tidak lengkap. Mohon agar semua nama-nama yang telah disenaraikan untuk menghantar maklumat anda (Nama, Nama Peperiksaan, No Kad Pengenalan, Nama dan Alamat Tempat Bertugas Yang Terkini, Nombor Telefon dan Nombor Faks) melalui email kepada urusetia peperiksaan iaitu:

1) Pn Ruzila bt Abulis ruzila[@]anm[dot]gov[dot]my
2) Pn Noraniza bt Adnan noraniza.adnan[@]anm[dot]gov[dot]my

Muat turun senarai di sini

Berikut merupakan senarai nama calon-calon yang telah menduduki Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) 2011 yang mana keputusan mereka telah dikembalikan ke Unit Peperiksaan JANM kerana masalah alamat tidak lengkap atau telah bertukar jabatan. Mohon agar semua nama-nama yang telah disenaraikan untuk menghantar maklumat anda (Nama, Nama Peperiksaan, No Kad Pengenalan, Nama dan Alamat Tempat Bertugas Yang Terkini, Nombor Telefon dan Nombor Faks) melalui email kepada urusetia peperiksaan iaitu:

1) Pn Ruzila bt Abulis ruzila[@]anm[dot]gov[dot]my
2) Pn Noraniza bt Adnan noraniza.adnan[@]anm[dot]gov[dot]my

Muat turun senarai di sini

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor telah menggunakan nombor telefon baru iaitu 03-5520 5200 berkuatkuasa serta merta. Semua nombor telefon yang lama akan ditamatkan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun no faks adalah kekal iaitu 03-5510 5049 & 03-5511 0957. Semoga dengan sistem talian telefon baru ini akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan perakaunan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Selangor.

Sila klik disini untuk muat turun lampiran

Makluman Mengenai Serahan Uma-3 Wang Tak Dituntut

Adalah dimaklumkan mulai bulan Januari tahun 2012, penggunaan disket adalah dimansuhkan berkuatkuasa serta-merta. Sehubungan itu, syarikat/entiti yang ingin membuat Serahan Wang Tak Dituntut adalah dikehendaki untuk mengemukakan bersama softcopy dalam bentuk CD.

Adalah dimaklumkan, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 1 Tahun 2012 mengenai Tatacara Perakaunan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) / Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Dan Bantuan Sara Hidup (BSH) Bagi Pegawai Yang Menduduki Kuarters akan berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012 selaras dengan tarikh surat dikeluarkan.

Sila klik untuk muat turun SPANM

PERLAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI JANM TAHUN 2011 - PERLANJUTAN TEMPOH MENGISI SOAL SELIDIK AUDIT NILAI

Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan JANM telah memutuskan supaya tempoh mengisi Soal Selidik Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) dilanjutkan sehingga 31 Januari 2012 (Selasa).

Kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi mengisi soal selidik SPAN dengan melayari laman web www.interactive.jpa.gov.my/auditnilai sebelum atau pada 31 Januari 2012 adalah amat dihargai.

Sila klik di sini untuk merujuk kepada Manual Pengguna SPAN.

Kerjasama daripada Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

Encik Badrul Hisam bin Ismail
No. Telefon : 03- 8886 9524
Emel : badrul.ismail[@]anm[dot]gov[dot]my

Puan Norbaizura binti Nasuron
No. Telefon : 03 – 8886 9551
Emel : azura.nasuron[@]anm[dot]gov[dot]my

Sekian, terima kasih

Sila klik di sini untuk melihat siaran media

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sokongan untuk mengikuti Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea Tahun 2012. Program ini akan berlangsung selama 10 hari bermula dari 17 hingga 26 Mei 2012. Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Februari 2012 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk melayari laman web JPA bagi memuat turun surat edaran dan borang permohonan.

Adalah dimaklumkan JPA mempelawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengemukakan pencalonan daripada pegawai Kumpulan Junior Gred 41-44 untuk mengikuti Program Pembangunan Eksekutif di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2012. Program ini akan berlangsung selama 14 hari bermula dari 8 hingga 21 April 2012. Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia (UPSM)BPPP selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Februari 2012. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. Cik Nurul Hafizah binti Sulong Tel : 03 - 8882 1188 / Emel : nfizah[@]anm[dot]gov[dot]my
2. Encik Muhd Faidzol bin Ariffin Tel : 03 - 8882 1030 / Emel : faidzol.ariffin[@]anm[dot]gov[dot]my

Klik di sini untuk melayari laman web JPA bagi memuat turun surat edaran dan borang permohonan.

Hubungi Kami

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594 Putrajaya.
    +603-8882 1000
    +603-8889 5821
    korporat[at]anm[dot]gov[dot]my

Waktu Urusan Kaunter JANM Putrajaya
Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 1.00 - 2.00 petang)
Jumaat : 8.30 pagi - 5.00 petang
(Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : Tutup